Pages

Tuesday, December 3, 2013

Bulan Berpantang

Assalamualaikum blogger...

Macam biasa...bulan berpantang sekaligus blog pun pantang jugak...hehehe...sebenarnya lebih kepada malas nak online kerana kesibukan yang semakin bertambah sejak menjak ada baby ni. Alhamdulillah...biarpun segalanya baru pada ty...berkat kesabaran dapat jugak menempuh alam pantang dan berusaha menjadi mama kepada anak terunaku Noor A'rif Zaquan bin Mohd Asrizal yang kini berusia 2 bulan.


Cerita pantang bersalin....memang banyak dugaan dan cobaan. Tapi seperti kata kawan2 ty...bila dah melepasi tempohnya 44 hari...we gonna missed that moment very much...sebab masa tu lah kita nak adjust balik antibodi dan pembentukan badan. Kalau tak...sebaik hari yang ke 45 tu dah mula mencekik apa yang diidamkan.

Kalau nak tahu kisah ty....hari ke 4...berpantang di Hospital Putrajaya..sebab baby admit NICU (Nursery Intensive Care Unit)...suspek demam....3 hari 2 malam jugak A'rif ditempatkan di unit tersebut and ty hanya sempat teman 1 malam sahaja. Itupun dah puas sebak dihati sebab tak sanggup tengok...kena demam kuning lagi....alahai anak mama....sabar yea

Lepas discharge...Alhamdulillah semua kembali ok...ty berpantang di rumah semula...dan terlupa nak bagitau...menu hangat di pasaran ty ketika itu adalah ikan bilis, ikan haruan dan bubur. Manakala air pulak hanya air suam dan milo panas. Itulah makanan pantang ty sepanjang 2 minggu dengan pelbagai teknik masakan. Contoh:

Day 1:
Ikan Bilis Goreng Bawang dan Halia
Bubur

Day 2:
Ikan Haruan Goreng Bawang dan Halia
Bubur

Day 3:
Ikan Bilis Goreng Halia, Kunyit dan Lada Hitam
Nasi Lembik

Day 4:
Sup Ikan Haruan Halia dan Lada Hitam
Nasi Lembik

Day 5:
Ikan Haruan Goreng Halia, Kunyit dan Lada Hitam
Nasi Lembik

Day 6:
Ikan Bilis Goreng Bawang, Halia dan Lada Hitam
Bubur

Day 7:
Sup Ikan Haruan Halia dan Lada Hitam,
Ikan Bilis Goreng Bawang dan Halia
Nasi Lembik

...dan begitulah dalam tempoh 2 minggu lebih.

Selepas Raya Haji...ty dah mula berurut...tapi yang istimewa kalau bersalin secara pembedahan, urutan seluruh badan kecuali bahagian perut tidak disentuh....yea lah kang tak pasal2 terburai balik jahitan. Kenapa tunggu 2 minggu...sebab semasa berurut tu kita akan disuruh meniarap. So u ols boleh imagine tak perasaan korang bila nak teriapkan badan....perut kita tu menanggung beban...hahaha...tapi kalau betul pantang, jahitan cantek...takde masalah.

Berurut 3x berturut2 memang menyegarkan badan. Tapi ty tak berbengkung sangat...sebab masih nyilu kat tempat pembedahan....adalah dalam 3x je...lagipun amat tak selesa nak berbengkung ikat tali ni..berburai2.....mak memang dah membebel sokmo...zaman sekarang ni kan...

Sebaik sahaja cukup 1 bulan yakni 30 hari...mula dah dihidangkan dengan ayam dan daging..tapi cara masak masih seperti di atas. A'rif pun dah semakin comey pada ty...hahaha..Alhamdulillah nampak la cubby skit berbanding awal2 bulan.



Ty dah mula mencari-cari pakaian yang sesuai dengan kelasakan a'rif. Dia dah mula agresif...penuh dengan ragam yang tak diduga. Nasib baik kat rumah...kalau kat ofis tak tahu la mak jems....Namun Alhamdulillah a'rif tak meragam waktu malam...cuma ty tak biasa bangun dua tiga kali....tapi kali ni dah rutin bangun sebab nak susukan a'rif.

Agak letih...mata memang kuyu selalu...kepala agak pusing, berbayang2...apa pun segalanya pengalaman tak terucap pada ty.

Ty tak makan sayur sangat...so menu pantang sayur agak kurang...ty lebih suka ulam namun ianya PANTANG untuk dimakan...hahaha....so additional ty makan buah sunkist...sebab doctor kata baik untuk memulihkan luka...

Cukup 44 hari dimana ty ketika itu berada di Kuantan....Alhamduillah...lepas stage 1. Masih ada stage 2 and 3....cuma mak dah mula bagi makan dan minum sikit2 benda yang tak boleh sebelum ni. A'rif pun so far boleh menerima air susu. Tiada effect pun..tapi Wallahualam kan...tak tahu la...harap2 semua ok


Dan menjadi hobi ty untuk merakam setiap adegan yang mencuit hati...ada gambar menguap...ada gambar senyum, ada gambar tido...but the best picca yang ty suka...a'rif suka tumpang dagu dan tangan melintang sana sini....tak tahu ikut sapa...


After pantang...ty dah mula ke pejabat...makan pun dah baek punyer....and a'rif sentiasa disisi mamanya...biarpun kadang2 nak buat kerja pun tak lepas dalam satu hari...hehehe....but mama love you so much sayang....

Penampilan masih tak berapa nak sweet lagi...kelam kabut yang amat....but ty masih mencuba untuk kembali bombastik...hahaha...iyolah sangat kan...


tak penting pada gambar...biarpun guna camera 360 x 8 ratus sekali pun....ty bersyukur apa yang ada dan miliki. Amin