Pages

Sunday, September 22, 2013

Salam…..

It’s been a while ty tak chit and chat kat blog ni..how I missed my writing…ceeewahh…gitew kan…yealah…the last episode berkisahkan trimester….and this time lebih interesting rasanya….coz I’ve been admitted in the hospital…and hari ni genap sebulan or precisely I can say that almost 31 days…living under the white house…kih kih kih…

Tak mudah sebenarnya mengharungi kehidupan ini…ada pelbagai jenis dugaan dan cabaran…and manusia akan melalui hari masing2 dengan cara tersendiri…this is what ty alami kini….what am I doing in the hospital?..hahaha…rest and try to avoid myself in danger…wahhh!!!...gitew kan…mcm kat luar tu bahaya benor....

Some of you mesti tahu…dan ada yang tak tahu…anyway…bila kita mengalami sendiri baru kita tahu pengorbanan dan antara risiko yang kita hadapi…..masa kanak2 sehingga kita remaja…kita mengalami pelbagai cabaran dan dugaan…dan kita melihat bagaimana orang dewasa melalui kehidupan mereka….dan bila kita bercinta…kita sibuk dengan dunia khayalan atau lebih tepat ty katakan keindahan….

Bila berkahwin…rasa tanggungjawab…rasa kasih sayang yang lebih bermakna kerana ikatan yang sah….dan disitu kita rasakan…inginkan cahayamata sebagai penyeri hidup dan menjadikan kehidupan lebih bermakna….look simple right???....kalau tak diberi ujian yang berat….kalau tak disulam dengan dugaan…so life won’t be that interesting kalau takda adventures….

Sapa yang nak masalah…tapi itu lah yang mengajar kita kehidupan…bagaimana kita menggunakan akal dan ketabahan untuk melaluinya…and this is my story…

31 hari di Hospital Putrajaya….how I get here???....

Day 1…bermula ty check up biasa…tapi doctor detect uri di bawah…tercengang gak masa tu…???..apo ke benda tu…hahaha..kelakar kan…but then…bila dah nama doktor…mulalah keluar statement kedoktorannya….plasenta previa…and at that moment doktor tu sebut type 4..which is the higher ranking dalam type plasenta…hahaha…kira degree la…

Due to that…ty diminta duduk di wad…alahai…masa tu memang tak tahu akan menerima percutian selama ini….as the next day…ty dengan beg bagai…check in la kat Hospital Putrajaya….why H.Putrajaya?....the nearest place dengan tempat kerja hubby…hahaha….and lagipun sejak dulu lagi selalu check up kat sini pasal tulang belakang..ingat tak lagi???

Day 2…emosi mulai menerjah…bukan kerana plasenta previa (PP) yang melanda..tapi sebab stay sorang2 kat hospital…biarpun ramai pesakit wanita dalam ni…as ty begitu trauma dengan hospital…wonder whykan….sebab ty tak sanggup melihat penderitaan yang tergambar diwajah pesakit..biarpun ty berada di wad wanita/bersalin….ty mulai merindui keluarga…setiap kali mata terbuka dari tidur…menerjah jendela…mengalir airmata…rindukan mereka…teringat rumah..teringat semuanya….arrgghhh rasa seperti penjara….disitu ty tak mengira lagi soal masalah kandungan….hanya kerinduan melanda…

Day 10…kurang dah rasa homesick…biarpun ditemani dengan broadband, lappy, vcd and dvd….hati tetap sayu….bersolah…berteleku…sayu rasa hati..tiap kali memanjatkan doa…airmata mengalir…Ya Allah besar ujianmu pada Ku….biarpan tidak satu pun ianya menyakiti tubuhku….namun…hatiku rapuh…hatiku sayu…hatiku sedih….

Sesungguhnya Allah Maha Besar….Alhamdulillah..pulih hati sedikit demi sedikit…lubang dihati tertimbus…biarpun ada tika ty sukar nak kawal perasaan….maklumlah..orang mengandungkan..emosi sukar dikawal…hehehe….

Setiap malam…bertemankan hp…alunan yassin ditelinga..buat penenang jiwa…hati yang lara….dapat jugak lelapkan mata yang sukar untuk dipejamkan…

Day 13…another scan…masa tu gigih rasa dengan semangat dan harapan…kalaulah uri tu dapat naik ke type II….boleh la ty balik rumah….namun…..kecewa je jawapan…doktor cakap… “still type III” puan….

Hampanya..Allah je yang tahu….sempat lagi ty request dengan doktor… “boleh tak saya balik..4 hari pun jadilah…”…..dan doktor “tak berani saya nak janji puan, saya tak boleh bagi jaminan..nanti saya tanya pada pakar”…..

As I was waiting for the specialist….berbunga harapan dan doa…nak balik biarpun sekejap..nak makan dengan family..nak gelak tawa…nak lepak2 kat rumah….tunggu punya tunggu hingga ke esokkan harinya…..

Bila waktu specialist buat rondaan….request ty diutarakan kepada specialist….umang aii…beribu macam cerita ditabur…risiko itu ini…jauh la..traffic jem la kalau in case jadi apa….Allah Subahanallah….hampa je…tanpa dapat ditahan..dihadapan semua doktor2 yang ada termasuk doktor pelatih sekaligus nurse2 yang ada….airmata jatuh berjuraian….nak tahu napa leh ternangis tu…sebab specialist tu tanya “napa nak balik sangat?”……….hurmmm….kalau dah ditanya dengan ayat KENAPA….maka kalian lihatlah hujan didalam wad ni…..syahdu je muka2 depa tengok ty menangis….baru tau airmataku….bila dipikir balik….nak tergelak pun ada….

And on that day…ty dah dapat terus tarikh operation….umang aiii..another few weeks…termangu….

Day 18…bayangkan beberapa hari berapa ramai patient yang keluar masuk..brp ramai bayi yang lahir…dari pelbagai kaum dan budaya…pelbagai jenis kompilasi yang dihadapi oleh ibu2 dan wanita…..keguguran, kematian, ketumbuhan…tak termasuk dengan wajah2 kesakitan untuk bersalin…suara2 keresahan….as ty di katil jadi seorang yang begitu pasif…biarpun duduk dalam wad kelas 1 (4 bed)….ty dapat melihat segalanya….

Ya Allah…Kau kuatkan hati ku ini…..kurangkan beban mereka Tuhanku…kurangkan sakit mereka Tuhanku….sesungguhnya…lahirnya Adam dan Hawa atas kuasaMu….

Another scan….week 36….ty dah 9 bulan…dah tak letak harapan tinggi…dan dah boleh menjangka uri tak akan naik….and doktor pun cakap… “still type III” puan…..we can’t do anything and puan terpaksalah tunggu sehingga tarikh operation…sabar yea…as long as puan tak bleeding…no contraction…air ketuban tak keluar….your condition is fine and also your baby….

“Boleh tahu jantina tak doktor?”…..ok sekejap yea………. “ala puan still tak Nampak…sebab kaki dia rapat..nak surprise kat mama dia kot”…hehehe…hurm..xpelah..janji sihat, sempurna dan comel mcm ummi dia kannn….dalam hati je berbicara…

“but next week kita ada another appointment dengan doktor bius yea”….sebab puan ada history sakit belakang…so we need to consider few things….alahai…..tak kisah la doktor…dah pasrah dah kat hospital ni…

Day 31…..another 11 days….menghitung hari…harap2 selamat segalanya…menunggu tempoh 38 minggu untuk sempurna segalanya….biarpun dihati berdebar, takut dan macam2 perasaan…tapi disudut hati…tak sabar melihat cahaya cintaku….

As for me..sharing this story bukan nak tarik perhatian simpati atau apa….sekadar berkongsi pengalaman….kalau orang tanya best tak Hospital Putrajaya???.....

Biarpun selama ini ty selalu mendengar yang baik2 dari orang ramai……….HAKIKATNYA…..YUP…Alhamdulillah…doktor dan nurse kat sini semua baik…layan baik…bercakap pun baik…kalau tengok nurse yang jenis muka masam…itu sekejap je…bila kita ramah…lagi ramah depa….and kita kena faham kerja mereka……..bila tengok mereka hari2 kat sini……..memang ty respek la….bukan mudah rupanya….

Ty bersyukur sebab apa yang ada di sini memang cukup selesa..Cuma mungkin dalam keadaan mengandung..ty tak berapa selera makan kat sini….maklumlah..selera untuk 2 orang mana sesuai dengan hidangan yang diberi……….tu yang dok mengharap family hantar makanan……….nak keluar sesuka hati macam suka suki memang tak boleh…kalau ada hati nak turun bawah maka kena ada orang bawak ty dalam kerusi roda…BERJALAN KAKI ke lobby dilarang sama sekali……………hamik penangan PP….

Sehingga masa dan tika….ty amat berharap keluarga dan kawan2 ty…doakan untuk ty and baby selamat yea semasa pembedahan tu…..dan sehingga ke saat yang sesuai..ty akan hupload kembali blog ni…..



“biarpun debar melanda….ty tahu ada hikmah disebalik kejadian….ku harungi segalanya”