Pages

Friday, September 28, 2012

"H4NTU K4PC41"

[20.sept - dalam panggung tengah kunyah twisties sambil tgk tayangan2 preview filem akan datang...sempat abang teriak "next week elok sgt tgk HANTU KAPCAI"...lantas ty pun bersuara nada bisik sebab sound kat dalam panggung tengah low note...."bukan best pun...harap zizan dalam citer tu je pun"...terus cik abe ku kerling]


wakakaka...semalam grand opening H4NTU K4PC41 (Hantu Kapcai) lakonan utama Zizan, Remy, Neelofa dan Fizz Fairuz....hahaha...memang kelakor la...biarpun tak la sampai pecah urat perut...kan tak pasal2 tersembur jajan dalam mulut ni kang.....but overall dari mula hingga keluar ayat2 kat screen tu....ty memang gelak je la...tak gelak besaw...gelak sikit...gelak sinis...gelak hinjut2...konon malu asik gelak je...hahaha....

pada ketikanya agak sukar nak accept watak zizan ni hantu...tapi bila kita pandang dari sudut positif...elok la tu...bagi pengajaran kat mat rempit...tapi tu la...hanya motor sebijik semua orang dikatakan rempit kan...nak wat camner...persepsi masyarakat especially Malaysia ni memang so TIPIKAL...

watak Remy pun agak boleh dibanggakan..yealah selalu jadi mat romeo je...sejak2 akhir ni dia sentiasa mempelbagaikan lakonannya....syabas!...dengan gaya yang memang anak YB yg jahat...menjadik jugak la kot sebab terbit dalam hati "menyampah" tul aku kat si mamat ni....

fizz pulak ala2 ustaz...yang tak boleh nak tahan tu...aku hairan dia dok color dinding umah dengan pensil...ingat nak buat apa...ghupanya nak cap dahi tu...konon warak la....alkisah..tak terpikir dek akal ty masa tu...memang kelakor...but peranan dia memang menonjol biarpun ketika tu ty rasa reality nyer fizz tak sihat kot semasa melakonkan watak tersebut.

neealofa...watak simple...tapi cukup lah pada dasarnya sebagai bunga dalam kelompok kumbang...expose biasa...sederhana...sweet jugak...buleh la...begitu juga watak adik zizan lakonan hairulazreen....kira ada bakat besar jugak kot dalam industri ni...

secara keseluruhan...tidak mengecewakan...biarpun filem sulung terbitan United Studio a.k.a anak syarikat KRU Malaysia Berhad....congrazzz.....

Tuesday, September 25, 2012

"Untuk Tiga Hari"

Wajarkah perjanjian dalam ikatan yang suci dan murni di sisi Allah dijadikan bahan perjudian silaturrahim yang dibuat oleh pasangan kekasih?...siapa kita untuk mempermainkan perasaan...huh!..jika ty sendiri duduk di persimpangan dilema...maukan mati meluah kata.

Atas sentuhan Afdhlin Shauki...ty tidak pernah ketinggalan untuk menjadi isi tontonan setiap filem kerana begitu faham akan jalan cerita yang diterapkan. namun perbezaan Untuk Tiga Hari bukan asing pada telinga ty kerana orang yang kaki novella seperti ty akan sedia maklum akan jalan ceritanya. Begitu jua drama Adam dan Hawa yang galak bermain di Mustika HD ketika ini.

Betapa galak setia menanti dikaca tv...begitulah tanpa sangsi ty cepat-cepat menempah tiket wayang di Alamanda pada season opening'nya minggu lepas....belum penuh sepanggung.....goodies dah separuh habis dek tak sabar untuk mengetahui bedanya tontonan atau garapan tulisan Ahadiat Akashah...

Tidak dinafikan...senda tawa gurau tangis airmata sendu senggukan itulah intipati sentuhan AS....bosan??? itu tidaklah semestinya...apa jua juadah AS...aduh..ku tetap mengatakan anak melayu mampu lahirkan yang terbaik.

Karya novel kini mampu berdiri sama tinggi dengan penulis skrip...kerana...sentuhan pengarang novella lebih mendalami jiwa kepada watak sesebuah cerita...berbanding penulis skrip yg tega untuk menyiapkan karangan bagi 1-2 jam film.

itulah beda kalau kita lihat keagungan karya penulisan buku novella...."ingat senang nak tulis novel"....pernah di ajukan soalan kepada teman baik ku yang juga antara penulis buku novella...."menjiwai bukan perkara mudah, kadang2 kita akan tersasar dari tajuk cerita dan sukar untuk melatakkan pembaca seiring dengan apa yang kita lahirkan"....tu dia....ty sendiri kaku untuk memahami.

tidak menjanjikan 'box office' namun...melangkah keluar dari panggung...senyum dibibir kerana cerita itu adil dalam konteks "adat budaya dunia"...maka janji dan hukum Allah...kita tak perlu pertikaikan....

Berbalik kepada cerita dan pengajaran....ty akur pada tanggungjawab dan apa yang perlu dan tidak dalam hubungan Suami dan Isteri...namun sebagai manusia kerdil...ty tidak pernah berjanji waima..hanya InsyaAllah...mudah-mudahan Allah memberkati hubungan kami. amin.....