Pages

Sunday, May 29, 2011

AlFatihah...

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Farid Aqhari bin Md Nusa
06 Mei 1986 - 28 Mei 2011
 Tujuan en3 kali ini bukan lah atas tujuan atau niat apa2..sekadar berkongsi satu cerita yang pernah ty lalui bersama arwah...hampir 2 tahun ty tidak berjumpa arwah...sehingga semalam ty dikejutkan dengan berita kehilangan seseorang yang ty telah anggap seperti adik ty sendiri....ada cerita disebalik perpisahan kami namun itu bukan satu perkara yang harus ty kenang kembali...

apa yang ingin ty kongsi adalah kenangan indah yang pernah ty lalui bersama arwah...ingin ty kongsi kepada kalian bahawa pertalian itu bukan hanya bermula dari darah...tetapi silaturrahim sesama Islam....pertemuan yang tidak dijangka...mengeratkan kami dan bila tiba masanya...Allah pasti mengkehendakkan yakni MATI.
 sambil kita melihat kepada senyuman dan gelagat arwah...ty tak nafikan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk melihat arwah biarpun hingga ke saat akhir...apa jua halangan dan dugaan ty redha menerima dengan hanya titipan doa agar arwah ditempatkan bersama orang yang soleh. moga arwah tenang di alam sana yang kini kekal buat selamanya....

perkenalan hampir 2 tahun antara ty dan arwah melihatkan keperibadian arwah yang boleh ty katakan mesra dengan semua teman2nya. ramah dan pandai berjenaka membuatkan insan disekeliling arwah mudah mendekati beliau. apa jua sikap manusia...kita sama dimata mereka....hakikat manusia tidak sempurna....

Jelas arwah begitu mahupun perubahan dalam kerjaya hidupnya...namun bakat yang ada pada arwah menyempurnakan dirinya....arwah begitu pandai masak, pandai menyanyi...ceria dan pandai berjenaka menjadikan itu kenangan terindah pada ty...
 antara gambar yang kini jadi kenangan kepada kami semasa kami sama2 bekerja...
arwah tetap di hati kami...

amin

2 bisik2 kita:

Muhammad said...

salam

kita semua,akan sentiasa merindui farid...kan kak.Segala ingatan memori indah ini.Akan kekal,utk kita banggakan.

al-fatihah.
Moga-moga dia tenang di sana.

Ku Adalah Aku... said...

meg...

yea..dan ketika ini akak perlu hargai setiap detik dan masa yang ada untuk menyayangi insan yang berada disekeliling kita...sebab kita tak akan tahu bila kita akan ditinggalkan dan meninggalkan....

apa yang tinggal hanya kenangan...dan kenangan itu tinggal hanya keindahan....kita semua menyayangi arwah...

mudah-mudahan berkat doa kita...arwah tenangkan..

keakuran pada qada' dan qadar kan dik....aminnnn