Pages

Sunday, May 29, 2011

AlFatihah...

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Farid Aqhari bin Md Nusa
06 Mei 1986 - 28 Mei 2011
 Tujuan en3 kali ini bukan lah atas tujuan atau niat apa2..sekadar berkongsi satu cerita yang pernah ty lalui bersama arwah...hampir 2 tahun ty tidak berjumpa arwah...sehingga semalam ty dikejutkan dengan berita kehilangan seseorang yang ty telah anggap seperti adik ty sendiri....ada cerita disebalik perpisahan kami namun itu bukan satu perkara yang harus ty kenang kembali...

apa yang ingin ty kongsi adalah kenangan indah yang pernah ty lalui bersama arwah...ingin ty kongsi kepada kalian bahawa pertalian itu bukan hanya bermula dari darah...tetapi silaturrahim sesama Islam....pertemuan yang tidak dijangka...mengeratkan kami dan bila tiba masanya...Allah pasti mengkehendakkan yakni MATI.
 sambil kita melihat kepada senyuman dan gelagat arwah...ty tak nafikan rasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk melihat arwah biarpun hingga ke saat akhir...apa jua halangan dan dugaan ty redha menerima dengan hanya titipan doa agar arwah ditempatkan bersama orang yang soleh. moga arwah tenang di alam sana yang kini kekal buat selamanya....

perkenalan hampir 2 tahun antara ty dan arwah melihatkan keperibadian arwah yang boleh ty katakan mesra dengan semua teman2nya. ramah dan pandai berjenaka membuatkan insan disekeliling arwah mudah mendekati beliau. apa jua sikap manusia...kita sama dimata mereka....hakikat manusia tidak sempurna....

Jelas arwah begitu mahupun perubahan dalam kerjaya hidupnya...namun bakat yang ada pada arwah menyempurnakan dirinya....arwah begitu pandai masak, pandai menyanyi...ceria dan pandai berjenaka menjadikan itu kenangan terindah pada ty...
 antara gambar yang kini jadi kenangan kepada kami semasa kami sama2 bekerja...
arwah tetap di hati kami...

amin

KMJ de Teater...

 3rd time ty terjah Istana Budaya (IB)....pertama kali masa konsert AF7 dan yang ke dua masa Teater Musikal P.Ramlee.....both time ty dok level paling atas sekali....maklumlah...hehehe

but this time mungkin rezeki kot...ty dan kengkawan dapat dok kat ground level...biarpun di posisi hadapan...the view was great...mmg nampak muka jelas giler....and ty ke IB atas sebab mahu menonton pementasan Kenangan Mengusik Jiwa (KMJ)....dan khusus kerana Dafi is part of it lorr...
 Sampai di lobby IB...dah nampak skuter2 lama...hehehe...dalam minda dok terbayang zaman dolu2 mak ayah ty agaknya mcm ni kot...hehehe...very antik gitewww....
 (syuk,mat,shafiq,waty,erna)...dah tak sabar ni nak gi nonton....

antara babak semasa pementarasan berakhir KMJ






lepas tu apa lagi..sesi sign autograph lorr...as dafi recognize me and the geng kat dalam dewan lagi...kami gelak bagai sambil dia menceritakan scene gado tu..hehehe
 with dafi's mom..datin seri....she's gorgeous...
 ty tak lepaskan peluang amik gambar dengan 'munir'..the notty boy
 with the director of KMJ...thumbs up...
 team DFC n dafinites....we love u dafi
 well done dafi...satu usaha dan peningkatan kerjaya yang positive....u have shown them wat u can do...and we will always support u dear...
 haaa...jangan jeles yekkk....

Garapan novela:

"Ray (Rahman) kembali ke kampung halamannya setelah sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi yang serba canggih masa kini, beliau telah ditemukan dengan rakan karibnya Azizan. Seperti yang dijanjikan, Rey dan Azizan akhirnya berjumpa kembali setelah hampir 30 tahun tidak bertemu.


Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semsa mereka menuntut di kolej dahulu. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba untuk mencungkil berita tentang kekasihnya Rose yang dikenalina semasa menuntut di kolej yang sama sekitar 60-an, jika Azizan tahu mengenai perkembangan Rose.


Dari awal mereka masuk ke kolej, sehingga tamat pengajian pada sekitar tahun 1960-an, dipaparkan bagaimana hubungan Rey dengan Rose tercetus dan bagaimana terputus sehingga ianya benar-benar menghantui fikiran Rey, Itulah sebenarnya yang ingin Rey ketahui".


(ehsan dari buku KMJ)


so pada sesiapa yang berminat...jangan lupa pergi menonton...sesuatu yang baru...kita saksikan kepelbagaian muzikal dalam kacamata teater....aksi lakonan yang menarik...TAHNIAH....

corat-coret dihari bahagia ayong...

"nak tau tak esok ada kenduri kahwin kat umah kite ni....tau tak sapa yang kawin??...makkkk longggg" kata eisya...hahahaha..petah sungguh mereka berdua....sengih ty melayan karenah nakal dua anak sedara...

jumpa mmg jarang...sesekali bertemu lupa nak panggil ty sapa...."nak panggil awk mcm mana yea??"...wah..nampak gaya muda lagi la makcik hangpa ni.....
meningkat dewasa...keletah yang tidak membosankan....
eisya n amelia....
Al-kisah yang u ols tatap ni adalah adegan tacap jari pengantin kita ni...on Friday nite ty and erna ke Rawang membantu apa yang perlu...tapi mostly xde keje sgt pun..hehehe...so sebelum balik dok touch up jari ayong...pengantin baru gitew....
the next day majlis akad nikah (28 May 2011)....dan makan2 sikit untuk tetamu yang hadir....
pertama kali dalam sejarah...rebung ku jamah...eee...mcm rasa mint...hehehe
tu tak lain tangan cik nita kita tu....tengah sakan menceduk makanan/lauk pauk...
antara juadah yang dihidangkan....
si anje ucuk tepam tengit..hehehe amelia...di dukung....sib baik ringan dik non....sementara nak tunggu rombongan lelaki tiba...
"gendang di palu...pengantin malu"....hehehe...ketibaan rombongan cik abe nyerrr....
tang dulang tu yang jadi perhatian ku...hehehe
lima berbalas lima....tema coklat berlawan biru...sapa menang???....hahahaha
Paklong dan bakal menantu ni...hehehe....
sah ke tak sah tok kadi???....
aminnnn....(yahooo kata dalam hati kotttt)
upacara menyarong cincin...ouch....inai semalam tu pekat likat..hehehe
babak romantika di amour.....
isshhh....ayong berdebar ke????
husna, nita, erna, kak da and me!!!!
semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat...aminnnnn
all the cousinzzz.....weeee......
me with erna...(perut dah kenyang)
me n nita (cuci mata je ni)
hantaran cupcakes...hehehe....nak larik bawak balik
kami mendoakan kalian bahagia..sweet loving couple...
jari jemari sapa tu???.....
haaaa ayong!!!...nanti jgn lupa bawak kami gi honeymoon sekali....

that all for today....corat-coret 28 May, Sabtu....

Wednesday, May 11, 2011

Disuatu ketika kita saling mengenali....


saat tanpa diduga...manusia diuji dengan pelbagai cara...antara sedari mahupun alpa...aku mengakui kelemahan manusia sering gagal bersedia dengan segala dugaan yang diberikan....baik mahupun tidak...hanya Dia Maha Mengetahui kenapa.....

Dua hari yang lepas ty dikhabarkan dengan satu berita yang mengejutkan...tanpa di sangka dalam jangkauan minda akan ada lagi cerita mengenai 'dia' setelah apa yang telah dilalui...namun mungkin ada sebabnya ty dikhabarkan dengan berita sebegini dari seseorang yang pada ty bukan dari orang yang sepatutnya...tetapi itulah kuasa Allah bahawa sesiapa jua dibumi ini adalah umatKu yang kita harus katakan...hubungan sesama Islam itu adalah pertalian saudara yang paling global....terima kasih kepada temanku yang memberi informasi biarpun satu berita yang menyedihkan dalam kejutan.

lantaran tanpa melengahkan waktu...ty terus menyampaikan berita ini kepada dua tiga sahabat ty yang dahulunya kami begitu rapat bersama....ternyata berita yang ty sampaikan jua memberi kejutan buat mereka....Arrrrgghh...betapa kejadian lampau menjarakkan hubungan kami semua....

kenapa berpisah??...kenapa sepi tanpa berita??...biarlah cerita itu ditelan masa yang telah lampau...hanya Allah dan orang yang terdekat mengetahui segalanya....kita punya bahagian masing2 dalam mengharungi segala yang berlaku...apa yang harus difikirkan adalah masa depan....namun tidak sedetik pun ty lupa untuk menoleh kembali....menoleh untuk ty jadikan pengajaran...


hati menjadi gundah...ternyata ujian yang ditanggung si 'dia' begitu menguji keimanan manusia...Ya Allah kenapa begitu hebat ujian pada mu....biarpun pernah ada perbalahan...pernah ada salah faham....dihati tak pernah terdetik rasa benci sepanjang hayat....sedetik masa berlalu..begitulah rasa marah dan benciku....tidak! tidak!...ty bukan pendendam...bukan pembenci...biar siapa pun manusia yang pernah menyakitiku....tidak mungkin aku menghukumi mereka...ty tidak pernah simpan pahit dalam kenangan biarpun kenangan memakan diri ty selama ini.....memori manis yang ty bawa sepanjang hayat yang hanya pinjaman sementara olehNya....

Ty dilema...dilema untuk membuat keputusan...takut pada langkah yang ingin ty ambil....puas bertanya teman2...masih tiada jawapan pasti...lantaran malam tadi ty duduk bersendiri di kamar untuk memikirkan langkah seterusnya....

Jemari mendial....ingin mencari satu kepastian...ingin mendapatkan nasihat...teringat seseorang yang pernah menjadi sebahagian cerita ty....linangan airmata tak mampu ty tahan...meluahkan teka-teki yang tak mampu ty selesaikan...akhirnya mengalir titisan airmata....Ya Allah ketika ini yang pasti ty terlalu ingin melihat 'dia'...teruk kah?...terima kasih sebab membantu ty buat keputusan...terdetik...benar katamu...akan ku lakukan tanggungjawab ku....tanggungjawab sebagai saudara Islam....


Dengan doa ku panjatkan...moga hasratku tidak disalahertikan...



Sebenarnya banyak lagi ayat Al-Quran dan doa dari hadis yang boleh dibaca, ingin ty kongsi antara doa yang boleh dipraktikkan pada kehidupan harian kita dan orang disekeliling kita,

 كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ 

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)