Pages

Sunday, March 27, 2011

Dimana kan ku cari ganti....

i feel a warmth around me
like your presence is so near
and i close my eyes to visualize
your face when you were here
i endure the times we spent together
and they are locked inside my heart
for as long as i have those memories
we will never be apart
even though we cannot speak no more
my voice is always there
because every night before sleep
i have you in my prayer....miss all of u


baru-baru ni ty kehilangan kucing kesayangan keluarga....must be u ols pelik tgk ngapey gambar gremlin yang ty post....sebab nama kucing ty tu 'gremlin'....yup! sebab segala ciri2 dan warna ada pada gremlin......hampir 10 tahun gremlin menceriakan kami...paling manja paling kuat mengiaw...hahaha...soal keselesaan...pasti...soal kebebasan...payah sikit..maklumlah kawasan perumahan yang agar sukar untuk dilepaskan sebebasnya....pemergian gremlin satu takdir...pastinya itu harus ty terima..biarpun ty tak la rapat sgt berbanding adik2 sebab ty alahan bulu kucing...namun kehilangan tetap dirasai....kecuaian klinik veterinar di nilai yang menjadi kepercayaan kami sekeluarga menyebabkan satu tragedi yang sebenarnya sukar untuk diterima....maka perlu diterima atas alasan takdir....waima tanpa ada usaha...pemergian gremlin tatkala nita nekad membawanya ke hospital veterinar di UPM.....malangnya doktor menasihati untuk dilepaskan kerana diri gremlin sudah nyawa2 ikan untuk dibedah....aduhhh...gamaknya nita menahan airmata....ty ketika itu pasrah...apa kan daya...itulah hakiki....
"GREMLIN....kehilanganmu tiada pengganti...akan kami jagai adikmu GRACY sebaiknya..."

 21 Mac 2001....sepuluh tahun genap pemergian Allahyarhamah Hajah Napsiah bte Haji Shukor...gembang pagi...tatkala muslimin dan muslimah sibuk membuat persiapan Aidiladha...manakala ty sedang menghadapi peperiksaan final semester di UNITEN.....perkara yang tidak diduga...kehilangan nenda tercinta....pulang dari dewan peperiksaan...ty dikhabarkan dengan berita paling duka....terduduk ty diberanda rumah sewa...menerima takdir Allah bahawa Dia lebih menyayangi nenda....insan yang ty jadikan tempat bermanja...belajar agama...mengaji...solat...teman permainan di kampung....arrrggghhhh.....sukar untuk ty terima....
ku mandikan...ku bantu kafankan....moga nenda lebih tenang...moga Allah melindungi nenda di sana....dan ty akan merinduinya sepanjang hayat...

tangan menulis...mengata rindu...mengata sayang...menginginkan tatapan wajah...mustahil...sepi...kosong...ada tika ty perlu bersendiri....ada tika senyuman ty bukan sempurna...ada tika...ingin merasakan kenapa hidup ini ada mati...kenapa perlu ada hidup....kenapa ada dugaan....MasyaAllah...mengucap ty....ini ketentuanNya...redhaa...

Allahyarham Wafiyuddin Syamim Wahab....sepupuku yang meninggal dunia akibat penyakit Lung Cancer....satu dugaan yang diturunkan oleh Allah tanpa disedari.....inilah kehidupan yang diharus umat Islam redhai....ty sendiri tak menyangka...siapa kata orang muda sukar untuk menerima dugaan seperti ini....sapa kata hanya orang tua sahaja yang boleh terdedah dengan dugaan sedemikian rupa....SIAPA KATA!!!....sesungguhnya kita harus bersedia...bersedia dari segi ilmu yang perlu kita bawa....kehidupan ini tiada yang jelak dan bosannya....hidup ini cukup menceriakan dan berseri...hanya kita yang tahu mencorakkannya.....

tiada kata secantik bahasa...perginya kalian...tinggal kenangan...tanpa dilupakan...kasih tetap utuh...bertemu kita di padang mahsyar....InsyaAllah...Al-Fatihah

Tuesday, March 22, 2011

@ Oasis 9....

Apa kes tetiba keluar muka femes ni???....ahak ahak ahak....encik syuk kita ni dah hampir kepada sama dengan ibu-ibu mengandung yang mengidamkan makanan dari Timur Tengah...ah lan wah sah lan....arab dahhh.....so memandangkan ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan...lantaran perut pun bagai dipanggil untuk menjamah dan menguji kesedapannya...maka terjahlah kami dari bangi-kg.baru-shah alam...so begitulah wajah syuk yang begitu menahan ayor lior nyer....amacam???....so mari kita lihat siapa yang kena!!!....

Ni pulak cik eton yang paginya medical leave sebab kerosakan fungsi penghadaman maka sesi ke bilik T sering menjadi lokasi terbaik....biarpun begitu kegigihan cik eton kita ni sukar dikalahkan dek ajakan teman2 untuk menikmati juadah nasi arab @ Oasis 9 Alam Shah Bana....gitew kan...kalau di lihat pada nasi yang penuh sepinggan itu...maka di nasihatkan kepada pengunjung agar berkongsi lah makanan tersebut...kalu tak...takut memudaratkan kerana kekenyangan....

Wah!!...aksi kenyit mata oleh capeq...dengan juadah pilihannya...teman tak berapa pasti tajuk makanan mike tew...yang pasti semuanya susah untuk disebut..dan pelik2 belaka....yealah...kami ni semua buta huruf...syuk baca bunyi syair...nita baca bunyi arab....capeq baca TAK BUNYI langsung...hahaha....cuma nasi capeq kurang sikit dari nita...napa yekk???

aik...penulis pun nak jugak bergambor..apa hingat bawak camera tu nak amik gambar korang je ke??...so teman pun lupe nama makanan teman ni apa....tapi yang teman ingat..ayam lah...hehehe...teman suka bebenor ayam ni....aiseh..bila tgk makanan syuk..rasa bersalah pun yea...maklumlah...tukang belanja kita makan simple je....ngapey yobbb!!!

 inilah juadah hamba....sedap dari ayam bawak ke nasi bawak ke sayur bawak ke cili....siap ada sup dal kacang tah apa tah....ada sambal belacan ala arab lagi....sodap sodap...

 juadah syuk....pun ty tak pasti nama makanan ni...yang kuning tu ty tau tulur n fries...hahahah...pun sedap bangat...

 juadah capeq....ni pun sedap jugak...nama pun tak tau...tapi kalu tgk pinggan capeq tau la mmg sedap la tu....syukran syukran...

 lebih kurang tambah tolak lauk western...ikan dorry...boleh tahan...cuma nasik dia umangg aiii...berlobeh-lobeh...

Bertempat di Oasis 9, Shah Alam...dengan gelaran ZAM ZAM....sebuah kedai yang sangat unique dan cantik deconya....terjah sekali pasti rasa wowwww....gitew...dari segi rasa juadah...ada yang terbaik dan ada yang so so...terpulang kepada citarasa pengunjung....kdg2 tgk Arab belah mana daaaa....hehehe

Apa pun...yang terbaik pernah ty rasa adalah ketika berada di Langkawi...sebuah kedai arab yang menyediakan hidangan yang jauh berbeza...next time ty post kisah kedai tersebut....tapi kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada encik syuk yang sudi mengeringkan wallet untuk kami malam tu.....nanti kami belanjerk pulak yekkk.....and so we still have short meeting among us to settle few problem...then Alhamdulillah....got the solution....

so...kita jumpa lembaran lain...dengan tajuk makanan lain pulak...hehehe...

Thursday, March 17, 2011

Thats it!!!!

 there was a moment when i feel that i need someone to understand me better....when i realize my time is very limited....i'm rushing to get what i dream of but at the same time i have to let go something else....why it was so unfair to me.... I've done so many thing for others...by why i didn't get anything for me???....why i have to tell people what i want...instead of they are doing something for me without being told to do so??...is that so hard to do???....if that u called love?...i don't think so....i prefer to BE.....

ALONE....and yet
yup...alone....

Saturday, March 12, 2011

Me toward HMM...


Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 Masihi.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai kemasyarakatan, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.
Hikayat Dalam Catatan Jawi

Hikayat Dalam Catatan Rumi

Hikayat Dalam Pandangan Dari Pengarah Yusry Abdul Halim

Kejadian lagenda Merong Mahawangsa dari titipan sejarah sehingga di adaptasikan kepada sebuah nota atau manuskrip...dan kepada hikayat multimedia untuk merungkai satu sejarah yang terlakar disuatu ketika dahulu.
Tanggal 12 March 2011, ty bersama teman ke GSC Pavillion semata-mata mencari kepuasan menonton filem yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan promosi yang besar-besaran...gimik teaser yang canggih hingga kepada realiti tontonan dari pandangan ty sendiri.

Seperti kata my buddy syukri yang BBM ty petang tadi...."luahan dari pandangan peribadi"..bukan untuk menjatuh, menghina, memuji ikut suka hati..hehehe....here you go...ty titipkan pandangan ty selepas menonton filem HMM hari ini.

Ucaptama ty kepada KRU dan pengarahnya di atas usaha menjadikan filem melayu semakin hampir menduduki barisan filem2 hebat antarabangsa. Kalu tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya....this is wat we called as "Malaysia Boleh!".....hasil arahan anak melayu...menghasilkan karya yang baik dan boleh dipuji. Waima sesuatu yang baru itu bukan datang dengan mudah tanpa kecacatan...biarpun ada kelemahan di sana sini...jelas dan nyata kita tak harus memandang ringan ke atas usaha dalam menjadikan filem ini satu realiti. Tahniah...!!!
Begitu jua kepada pelakon2 utama dan tambahan yang mampu melakonkan watak masing2 dengan jayanya...termasuklah my fren Daong...biarpun scene yang tak sampai berapa saat...wajahmu Daong tetap terserlah di layar putih.....

Stephen Rahman Hughes: Satu lakonan dan tatabahasa yang cemerlang...hehehe...honestly ty merasakan kelemahan stephen bukan dari faktor wataknya..tetapi dari jalan cerita yang dilakonkan stephen apabila beliau mempelbagaikan bahasa dan dalam masa yang sama membawa mimik yang kekok dimana berkemungkinan sukar untuk beliau menghayati barisan ayat yang janggal. Atau mungkin terlalu janggal menjadi arjuna di zaman kegemilangan yang menjadikan peranan beliau tidak mudah difahami....
Dato'Haji Rahim Razali: Awal2 wajah Dato' dipaparkan...gelak satu panggung....haaa kekdahnya rambut jambul Dato' menjadi bahan ketawa...kedaifan di zaman paleolitik itu menjadikan bahan jenaka biarpun peranan dan watak tersebut tidaklah menunjukkan sesi lawak dipermainkan...begitu juga dalam penghayatan yang kurang menyinar berbanding Dato' melakonkan watak beliau dalam filem2 lain.
Ummi Nazira: Syabas!...biarpun dialog yang kalu dikumpul mungkin tak sampai 2 pages...tetapi berjaya membawa ty dalam situasi embuk...kenapa..."jangan ditanya"...
Khir Rahman:......Tepat pemilihan Khir sebagai kamawas yang menjadikan aksi perang dan rakus kepada kesesuaian situasi dan jalan cerita. Bermandikan wajah yang galak dalam watak....kamawas tampil dengan aksi yang boleh dikatakan berjaya.
Nellie Ng:....Lakonan Ying Ying sebagai inang memperlihatkan kesesuaian beliau yang menggelikan hati ty sepanjang menonton filem tersebut. She's the rite choice at the rite plot...congrazzz
Gavin: New comer to Malay Industri...i would give him 5 star out of 10....he's doing his part but not that wow  on my expression....
Overall:...Filem ini adakalanya meletakkan ilusi yang melampau sehingga sukar melihat logiknya...aksi perang yang genuine tetapi aksi mati yang pirate....aiseh...ty sukar mengklasifikasikan dimana x-factor namun babak kapal perang dari Rom n China itu je yang membuatkan bulu roma ty meremang....Dimana kekurangannya.....adalah slot editing yang juga menjadikan penonton tertanya2...aik mcm tak sudi je buat filem....apa pun...kesan graphic dan animasi yang ty tak tau nak sebut ayat yang sesuai menjadikan aksi itu satu 'Wah real nyerrr'....

apa jua...kita patut beri OMBAK...pada pengarah muda yang berani....Tahniah....apa pun...tontonlah untuk kalian alami dan selami pendapat kalian sendiri....

Wednesday, March 2, 2011

The switch is ON again....


DFC D'Amaze Race 2011

Tarikh: 16 April 2011 (Sabtu)
Waktu: 7.30 pagi
Tempat berkumpul: Akan dimaklumkan 

PENYERTAAN PERTANDINGAN
Terbuka kepada semua individu samada secara perseorangan mahupun mewakili kelab peminat.
Digalakkan peserta berumur 15 tahun ke atas.

BILANGAN PESERTA
Tiga (3) orang bagi setiap kumpulan

KONSEP PERTANDINGAN
Perlumbaan yang akan melepasi beberapa check point sehingga ke garisan penamat berdasarkan clue yang diberikan.
Peserta yang berjaya menyempurnakan perlumbaan dan tiba digarisan penamat akan menyandang gelaran Juara.

KATEGORI HADIAH
Tempat Pertama: Penginapan 3 hari 2 malam di AWANA KIJAL
Tempat Kedua: Penginapan 2 hari 1 malam di AWANA GENTING
Tempat Ketiga: Baucer Pembelian JUSCO

BAYARAN
Bayaran sebanyak RM240.00 bagi setiap kumpulan Tiga (3) orang
Peserta diberi kebebasan memilih sendiri ahli kumpulan
Manakala yang berdaftar secara individu, RM80.00 dikenakan
Ahli kumpulannya akan ditentukan oleh pihak penganjur.

PENDAFTARAN
(Peserta yang berdaftar sahaja dibenarkan menyertai program ini)

TARIKH TUTUP PEMBAYARAN: 3 APRIL 2011

CARA PEMBAYARAN 
Proses pembayaran akan dimaklumkan selepas pendaftaran dibuat melalui email atau sms

MAKLUMAT LANJUT
Hubungi Urusetia Program di talian 012-9233814 (OREN)

        ** Terma dan syarat pertandingan akan diberikan sebaik sahaja penyertaan dan bayaran disahkan.

Tuesday, March 1, 2011

Hepy Burfday My Dear Sis Amy

Tu dia bufday gurl....my sis amy...Happy Birthday...happy always....

 jam sebelumnya...ty terima invitation tak rasmi dari syuk...aiseh...lupa nak bukak fb la pulak...besday kakak ku.....and kebetulan last nite depa plan nak wat surprise di sunway piramid....mmm...masih tak leh nak confirm lagi sebab tau cik eton kita tu balik lewat....alkisah tak berani nak berjanji....

tapi dah rezeki nak cecah kaki kat sunway....dapat pelepasan jugak...keh keh keh....so berkumpul lah kami di starbuck sunway bagi sebuah penantian kezutan yang akan dibuat kejap lagi....yang hadir (syuk, shafeq, ray, megat, fara, nad dan mastermind abg syam laaa....) best jumpa u ols...

 sebelum setapak nak cecah 'teh tarik cafe'...kami pun bersedia dengan kek yea...tQ to nad coz sponsor kek kita malam tu....

Here u go...bufday gurl terkezut dengan surprise...plus bila ray n megat buat 2nd kejutan konon tak jadi datang....menjerit kak amy...tak sempat nak rakam babak tu....sebab tuan punya camera pun terkejut...hehehe

prezen given by fara..nice blause...melaram sakan kak amy lepas ni...

 oh ya..before lupa...jgn surprise sebab akak amy mmg tak boleh tgk lensa camera....pasti akan dpt pose menarik darinya....giteww....she's so sporting la...tu dia..pose dengan baju baru...

 next prezen from ray n megat....kak amy tak leh tido malam ni..sebab kena baca..esok tecer megat n ray akan buat exam..hahaha

 we love u kak amy...had so much fun dan memang malam tu kedai ini kami yang punyaaaaa
(duduk kiri: fara/amy/syam/shafeq)
(diri kiri: ray/nad/syuk/megat/waty)

 penderaan dari semua...we ols minta kak amy memainkan babak romantika bersama abg syam...yo lah kan...kalu tak dongan laki dongan sapo laie...hehehe....tu babak pertama...sesi suap kek...hamik candid picca....

 muaaxxxhhh...cayang anje...hehehe....so sweet....

 kanda...ampun kan dinda...dinda terlupa nak taruk belacan dalam masakan....hahahaha...
sengih lebar abg syam...

ala ucuk manja....(pakat tak tido la malam ni kak amy hoiiii)...

 amik berkat ke syuk???...hehehe...sesi suap menyuap ni mcm adat rasmi bufday kan...hahaha...

 of coz me pun nak jugak....malam ni naik 5 kg kak amy....

 eee...nicela...ingat budak kecik je dpt belon....dah besor pun ada gak....
always adore u lahhh...

 eeeee...susah nak komen bab ni...sweet bangat sih....amik cuti gara2 nak selebrate besday kak amy...berendam sakan la yekk...bagus bagus....

 dalam pada tu sempat la kami ni bergambor sakan....hahaha..shoot ni pelik sikit...syuk kat belakang tu motip???? hehehhe

 dah amik dia pulak menunduk...hehehe...tu gatai namanya....

 hahaha....komen??..inilah kami sambil nak habis kan masa yang ada.....

sampai masa dan tika..berangkat la kami...dan bufday gurl with loving hubby pun nak balik dah...masing2 dah kepenatan....neway thanks kak amy..abg syam...sporting n belanja kami..hehehe...terbalik sudah....

apa pun semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki....doakan semoga bertambah bahagia kekal ke akhir hayat....aminnnn....