Pages

Friday, October 22, 2010

Happy Belated Alia....

Sebelum berangkatnya Pak Ngah & Mak Ngah...ada sikit family gathering....ye la kan..so..kebetulan cousin ty yang paling comel ni akan celebrate besday (21 Oktober).....kami pun belikan kek besday....yummy....


Dua beradik yang notty and cuteyy....mira & alia...

alia punyer kek....alia punya kek....

still got kon cap....gitu kan...we all sang....teringat zaman muda kuuu.....

leh ke tiup tu si kecil oii.....bila alia besor nanti..berapa la umur kak ngah kannn...






this few week depa dok dengan makcik depa and kak yati (servant)....ty akan mengunjung mereka...tinjau2 apa yang elok kat umah tu....semoga pak ngah & mak ngah selamat menjalani ibadah HAJI....aminn

E-Day...Congraz Fara

Di hujung minggu....bertandang di rumah Fara/Sheila....this both young lady memang dah lama dikenali...kami dah mcm adik beradik udohnya....so my last posting ada citer pasal hari merisik...wahh!!!....ko caras makkkk  yeeeerrr.....hahaha....to my dear Fara...tahniah di hari pertunanganmu...semoga cepat2 langsung dik oiii....banyak cobaan dan dugaan....

Jom saksikan perjalanan majlis ini....


Hantaran dari pihak 'dewi'....







sebelum menunggu pihak 'dewa'....ty n geng (nita laaa)...menjamu selera dulu....






Door Gift included okeee....
  
Akhirnya tiba jua wakil2 'dewa'...yang dok salam tu...ayah (left)...and wakil lelaki (right)....masing2 mcm dah setuju je tu....aminnnn

Maka tersarunglah cincin di jari si 'dewi'....disarungkan pula oleh bonda si 'dewa'...weee...senyum manis

manisnya jari si dara bercincin (tanda)........

Dalam hati (syukurrr....jadik jugak aku bertunang....tema kahwin esok aku nak buat kolor apa plak yekk???...)...gitu yer kot dalam hatii.....LOL

Inilah keluarga kecil....
(uncle zakaria, auntie yatie, fara, sheila)

Hantaran dari pihak 'dewa'






Pihak 'dewa' bersantap....layan jangan tak layan

Penat jadi photographer tak bertauliah...amik gambor dengan penantin...

aikkk sheila...kita jugak yang tak laku2 kannn....pikior keje je la...

ku perkenalkan bakal suami dan abg ipar...hahaha...tahniah kalian

merenung masa depan atau masa belakang....

sheila pulak???...renung budget holiday ke???...nanti kita pi holiday yekkk

Lebih kurang mcm tu jerk la majlis...tak jauh tak dekat....sama jerkkk....ada ke konsep bertunang ala-ala moden yang blm pernah orang buat?....hahahah...share2 la yekkk...mana tau...kwang kwang kwang....

Wednesday, October 20, 2010

Ku Redha

Mendahului Sifat Maaf dan Sabar di Atas Kekhilafan dan Ketidaktahuan

Dalam meniti dan mengharungi sebuah jalan kebenaran, tidak hairan jika kita menghadapi begitu banyak kritikan dan hinaan. Tidak kering juga cacian dan celaan. Malah mungkin sehingga dipinggirkan dan dikatakan sebagai pelik lagi aneh. 


“Katakanlah, “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah az-Zumar, 39: 9) 

Walaupun demikian keadaannya, kita sewajarnya terus bermuhasabah diri dengan melazimi sifat sabar dan beristiqomah dengan kebenaran di atas prinsip ilmu. Lebih wajar lagi, jika kita imbas dan melihat kembali uswah (contoh) dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri ketika bagaimana beliau menghadapi kepelbagaian bentuk penolakan demi penolakan dalam dakwahnya. Pelbagai bentuk penolakan yang dilakukan dengan bersertakan tindakan-tindakan yang amat kasar dan berat untuk ditanggung. 

Ketika mana di dalam awal fasa penyampaian beliau, hari-hari demi hari silih berganti, beliau tetap melazimi segala hal yang dihadapi dengan tenang, kebaikan, memohon keselamatan bagi dirinya dan manusia lainnya. Tidak terdetik sedikit pun di dalam lubuk hati dan perasaannya berniat memuaskan emosi sendiri dengan menyimpan perasaan dendam terhadap mereka yang bersikap membara menentang beliau. 

Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam antaranya diutuskan untuk memilih jalan damai, memaafkan kesalahan golongan yang masih jahil, dan mengajak mereka dengan hikmah kembali kepada jalan yang benar. Ini antara lain adalah bertujuan supaya kelak nantinya akan lahir insan-insan yang menuruti beliau atas dasar yang penuh ikhlas dan tulus hatinya berserah diri di atas jalan kebenaran. Ia juga bakal menjadikan mereka yang gemar bersikap keras menjadi lembut hati dan lentur jiwanya dengan kebenaran yang dibawa. Kebenaran yang dibawa dengan personaliti akhlak yang baik bersesuaian di atas tempatnya lebih mudah diterima berbanding dengan sikap keras yang dihamburkan membabi buta. Realitinya, apa jua yang dibawa bersama pakej lemah lembut dan akhlak pekerti yang baik ianya akan menjadi lebih mesra serta mudah dihadam oleh golongan sasaran. 

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), 

“Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan jika kamu ditimpa suatu bentuk godaan dari syaitan maka berlindunglah kepada Allah” (al-A’raaf, 7: 199-200) 

Ketika Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan pada Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ayat tersebut, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bertanya, “Apakah ini wahai Jibrail?” Ia menyatakan, “Sesungguhnya Allah memerintahkan kepadamu supaya mema’afkan orang-orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang tidak memberimu, dan menyambung orang-orang yang memutuskan perhubungan denganmu.” (Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Cet. Pustaka Ibnu Katsir (Bogor), 3/768) 

Dan hendaklah kita sentiasa memohon perlindungan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala dari segala bentuk gangguan Syaitan yang memungkinkan akan menyemarakkan/ membangkitkan sifat marah di dalam hati kita kepada golongan yang masih jahil dan tidak memahami tersebut. 

Allah Subahanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya), 

“Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan. Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku”.” (Surah al-Mukminuun, 23: 96-98) 

Menzahirkan sifat pema’af bukanlah suatu yang menunjukkan kehinaan dan ketidakmampuan atau pun cepat mengalah. Malahan, jika kita mampu mengamati dengan baik, ia adalah sebenarnya menunjukkan ketabahan hati, kebesaran jiwa, kekuatan mental serta perasaan kita dalam melawan sikap cepat marah dan mengelakkan dari timbulnya susana yang tegang. Dalam konteks yang lain, ia mampu menumbuhkan dan memupuk sikap tenang, tenteram, kemuliaan, dan juga kegagahan jiwa dalam menghadapi tekanan dan cabaran. Malah, sifat ma’af juga mampu mengawal diri dari memiliki sifat dendam dan benci. Sekaligus, ia mampu melahirkan sikap lemah lembut dan mudah mesra. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, 

“Dan tidaklah Allah menambah seorang hamba dengan kemudahan untuk mema’afkan kecuali Allah akan memberinya ‘izzah (kemuliaan).” (Hadis Riwayat Muslim) 

Di dalam suatu riwayat, disebutkan betapa sifat pema’af Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sangat menakjubkan terserlah ketika mana beliau menghadapi hari yang lebih mencabar daripada peperangan Uhud iaitu ketika peristiwa beliau dihina dan dicemuh di Thaif tatkala mahu menyampaikan dakwahnya. Penduduk Thaif pada masa itu bukan sahaja menolak dakwahnya malahan sampai membalingnya dengan batu dan objek-objek tertentu yang menjadikan beliau berlumuran darah. Sehinggakan kasutnya turut dipenuhi darah. Kita selaku insan biasa, sudah tentu mampu membayangkan betapa beratnya ujian yang beliau terima pada ketika itu. 

Pada saat itu juga, malaikat yang bertugas menjaga gunung telah bersiap sedia menantikan perintah dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malaikat tersebut memanggil dan mengucapkan salam kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar penolakan kaummu. Dan aku penjaga gunung mendapat titah untuk menerima perintahmu bersesuaian dengan kehendakmu. Jika engkau mahu, maka aku akan hempapkan dua gunung ini ke atas mereka.” 

Apabila mendengarkan seruan malaikat tersebut, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam justeru menidakkan (menolak tawaran tersebut) dan berkata, 

“Sesungguhnya aku berharap agar Allah akan mengeluarkan dari sulbi-sulbi mereka keturunan yang beribadah kepada Allah dengan sepenuh keikhlasan tanpa menyekutukan- Nya dengan sesuatu apa pun.” (Hadis Riwayat Muslim) 

Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan akhlak dan kesabaran yang beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tunjukkan kepada kita. Walaupun beliau mendapat tekanan, tentangan dan hinaan yang begitu berat, ternyata akhlak dan peribadi beliau yang mulia dengan membuka pintu ma’af lebih mendahului yang lain. 

Kita sebagai insan yang mengaku mengikuti beliau sebagai ikutan dan contoh terbaik, sewajarnya tidak melupakan akhlak dan kesabaran beliau yang begitu tinggi tersebut. Dan bagi diri kitalah selaku umat yang beriman yang memahaminya dengan baik, perlu berlumba-lumba untuk mencontohi peribadi beliau agar sentiasa melazimi sifat sabar dan pema’af. Dengan mengikutinya, di sanalah rahmat Allah bakal menyusuli kita. 

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar. Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Fushilat, 41: 34-36)



Terima kasih kepada Hamba Allah yang email ty benda ni...hakikatnya ini yang cuba ty lakukan...mengundur bukan bererti ku mengalah...lebih baik dari ada salah faham atau terluka....amin

Wednesday, October 13, 2010

"Life is For Living"...why we waste it....


At first nak tgk citer Julia Robert....tapi tergerak hati malam semalam nak tgk Charlie St.Cloud....the moment it started...dah mengalir dah air mata emosi ty...aduhhh....dah la hati serba gundah this week...dapat lak citer emo mcm ni...neway...nice to watch Zac Efron...as i was followed his career since HSM....rasa makin mantop dan perkara...hahaha....bab kekacakan tu usoh la di tanye...memang takde banding...weee..gataiiii

okelah...samada rugi atau tak...pada ty sendiri...santai/releks/berkesan/tersentuh/suksess pada actor muda seperti Zac.....thumbs up jugak....i enjoyed it as airmata dah membazir kat tisu yang lebih beli hot dog tu....

okelah...next movie....tunggu Miss Jue.....ku serang..

p/s: cikgu cakap...tulis salah xpe..sebut salah xpe...buat salah tak leh.....ok jawabku

Monday, October 11, 2010

10.10.10....

Semalam merupakan satu tarikh yang agak sensasi la jugak...10.10.10...setiap tahun mesti ada satu tarikh yang unique....then on the day itself...merupakan hari pertunangan kekanda ty....so pagi2 tu bersiaplah masing2 dengan ke'ungu'an bagi melengkapkan tema yang serba ungu tu....dalam pada tunggu sedara mara...sempat lagi ty berposing....motif???.....


inilah barisan2 dari keluarga sebelah lelaki...bersiap sedia sebelum ke rumah penantin perempuan (bakal)....lokasi kami adalah di Green Wood Gombak.

Lima dulang yang dipersetujui...penantin lelaki (bakal) pun kena angkat gak...
(erna, along, nita, waty, dyana)

mak2 datin ni...mentang2 tak bawak apa2..slow je jalan....hahaha...kami menuju ke rumah ppuan...

setelah selesai mukadimah masing2...sesi bersarung cincin...itu la bakal kakak ipar ty...mudah-mudahan...omak ty dok sarung cincin...nervous ke??

veteran2 pun nak bergambor gak..
(ibu pengantin, mak ngah, kak ipor, omak, mak long)

sesi bergambor adik beradik/cousin/anak sedara/kok ipor...

eceh!!...malu2 kunun...tu songkok pak aji ngaper tinggi bebenor...baju pun tak ikut tema ye

weee...wakil tunggal kak ipar dalam family...bertahan la ye...pak aji tu malas sikit...tapi hati baekkkk...

ku perlihatkan hantaran pertunangan kedua pihak...7 dulang dari pihak ppuan







5 dulang dari pihak lelaki





Selesai sudah...ikatan kukuh dibina..mudah-mudahan majlis penyatuannya cepat berlangsung...apa pun ty doakan segalanya baik2 belaka.....at the moment i'm satisfied cuma malu sangat kok ipor tu...kena pulak my family ni jenis mulut bising...weee...hope leh join...kepala gila2 mcm abg eddy...hahaha..contohhhh....

terima kasih daun keladi....jumpa nanti posting ku lagi