Pages

Tuesday, February 23, 2010

Free Willy.........

semalam 22/2/2010...ty berangkat ke Langkawi....alone okay...
sebenarnya plan nak ke langkawi nie suppose to be masa CNY..tapi masa tu plan nak ke rumah one of my friend (DFC's member)...tapi lain pulak jadi...ni namanya yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran....
so..tiket yang tertempah tu terpaksa la digunakan....nak kata holiday pun ya...nak kata atas urusan kerja pun ya....kira sambil menyelam minum ayorrr....the best part kat langkawi nie...sebab pantai jew....mcm biasa la kan...kesukaanku...
sampai je kat International Airport Langkawi....ty pun redah ke penginapan...nasib baik ada kawan kat langkawi nie..so tak la mcm rusa masuk bandorr....tah napa susah pulak nak tido nyer nie....sebab dah syok layan 'FARMVILLE'...nie semua kerja insan yang sesungguhnya bersusah payah add ty sebagai jirannya....
apa pun..best gak layan games pagi2 nie...and tmorow...dah mcm2 plan waty sepanjang kat langkawi.....i'm searching for any potential company yang leh ty propose for training....
biasak la kan...dah ada tanggungjawab sendiri lepas nie...
yup!!!....ty akan meninggalkan syarikat lama di Port Klang tu....i'm losing my energy sebab buat 2 kerja....penat kepala otak ni...so i have to concentrate and to choose....so ty decide nak berdikari sendiri lorrr.....baru ada rasa more responsible lepas nie...
kadang2 bila somebody tanya...."ko keje apa?".....eee..susoh gak nak jawab tu....kang terlalu jujur pun susah....terlalu tak jujur pun susah....life isn't easy sebenarnya....tapi disebabkan ty amat meminati bidang nie...Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar....
semuanya sekarang ni dalam proses dan harap2...by end of March..semua dah sedia....so i can't start the company....huhu....
apa citer di Langkawi...nantikan yeee...ty pun dah lama tak coret2 dalam blog ni....sebab masa.....dan harap2 lepas nie masa akan kembali pada ku.....rindu nak bercanda dengan blogger...huhu...
apa yang pasti...aku cinta semua.....muaahhhhhhhhhh

Friday, February 12, 2010

Akademi Fantasia 8....teruja?

dalam kehebatan media memperkatakan tentang perlantikan pengetua AF8....aleh2 dah kuar keputusannya....nampak sangat ty tak sempat nak menjamah waktu untuk menyelak tirai dunia hiburan yang semakin jauh ditinggalkan....wah!!!..statement artis yeeewww...
Apa pun T.A.H.N.I.A.H....Mr.Chair....or Mr.Norman Abdul Halim..yang diberi kepercayaan untuk menerajui AF8 yang bakal dipaparkan tidak lama lagi.....teruja?....tepuk dada tanya selera....

Pengetua: Encik Norman Abdul Halim

Guru Tari: Puan Linda Jasmine

Guru Drama: Encik Que Haidar

Kaunselor & Guru Bahasa: Puan Fatimah Abu Bakar

Guru Vokal Teknikal: Puan Siti Hajar

Guru Vokal Persembahan: Encik Adnan Abu Hassan
Antara barisan2 penggerak yang bakal melahirkan anak seni dalam industri kita......teruja?....mmm....agar sukar untuk ty tafsirkan perasaan bila keputusan ini dikeluarkan di Murai.Com oleh wartawan sensasi Razif Rosdi....credit to him sebab ty cilok gambar kat sana....huhuhu...
Tepuk dada tanya selera....dikala adanya My Star LG, Mentor, Malaysian Idol etc....adakah tradisi Akademi Fantasa akan sama seperti musim2 yang lepas?....masih ada lagi ke AURA sebagaimana yang pernah kita kecapi semasa MAWI di pentas hiburan....atau pudar sebagaimana tenggelamnya juara2 AF yang ada....atau hanya panas yang tak sampai ke petang lantaran mendung berarak lalu?...
Kalau dah nama pun program realiti....inilah realiti kehidupan dimana kita kena akur pada takdir dan redha dan mensyukuri apa yang pernah kita lalui....ternyata bakal2 pelajar AF8 berpeluang merasai apa yang pernah dirasai oleh bekas2 pelajar AF dan sekali lagi ty sebagai penonton yang harap2 akan jadi setia di depan TV ingin melihat kelainan bagi setiap perjalanan program ini.
Apa pun keterujaan ku tetap ada!!!!!!!!!!!!!....sebab ty nie peminat setia KRU sejak sekolah lagi...nak tau kenapa?...haaaa...nantikan gambar2 KRU yang ty snap masa ty belajar kat Port Dickson....the first artis yang ty pernah tegur adalah Norman, Yusry and Edry....banyakkan dik nonnnnn...........terus jatuh cinta yeee....biarpun Abe Norman kita nie dah bergelar 'suami'....sokong tetap sokong....cuma this time...double sokong la yekkkk.....(mai dah gatalnya tu)

Apa pun meh ler kita sokong industri kita nie...tak kira la modal reality apa pun...kalau betul pembawakannya...betul la jalannya...dan mungkin dengan sokongan kita itu mampu menjadikan kekurangan itu satu kelebihan....jalan lupa diri doh la yeee...
Cuma yang ty pelik tu...dengar citer ada additional instructor untuk musim kali nie....Guru Gaya Bebas kalu tak silap....sapa yek????
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
wakakakakakakaka.........takde maknanya la nieee......

gurauan itu gula senyuman....tawa itu....mendamaikan....yok mengUNDI....

Sunday, February 7, 2010

Besday Dad...


ingat lagi masa kecik2...ty yang paling nakal..paling degil..paling cengeng...huhu...and that is the best moment in my life....rasa mcm nak kembali ke zaman dolu2...tapi mustahil kan...
hari nie ty dan family celebrate besday ayah and erna....kebetulan besday masing2 hampir...so we all satu family pi makan2 kat mines...at the same time beli present kat depa...huhu...
tah napa...sedih pun ada...happy pun ada....sebab tak sangka masa cepat betul berubah...biarpun setahun tu 12 bulan..tapi rasa mcm tak percaya.....my dad getting older...my sister become 'anak gadis'...and me...makin tua la jawabnya...eeee....seram pun ada gak nie...
entah la..emosional pulak ty pagi2 nie...anyway tak terlambat ty nak wish my dad..happy belated besday...though dah salam pagi semalam....tapi lupa nak upload kat blog....
soon...i have something to share with my blogger...so...nantikan cerita baru ty yee....

Tuesday, February 2, 2010

Hepy Besday Sis....

Semestinya...usia dah bertambah satu la tu ya...
so ingat2lah bahawa semakin bertambah umur tu...
semakin besar tanggungjawab...
walaupun masih dalam lingkungan remaja...
tapi perlu ada pendekatan untuk berubah...
u will become a young lady...
and in this kind of world...
akan ada bermacam jenis manusia...
bermacam jenis ragam...
bermacam jenis cerita...
dan pelbagai situasi yang akan dilalui...
study hard and smart...
hirup kejayaan untuk masa depan...
remember that we all LOVE U SO MUCH..
ingat pesan tu selalu...


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19...
SEMOGA PANJANG UMUR..
DIMURAHKAN REZEKI...
HAPPY ALWAYS...SIS
I LOVE U

Monday, February 1, 2010

Ya Allah...Panjangkan Umurnya...

Penjelasan ini...
bukan sekadar pengetahuan
untuk kita bersama-sama mendalami
ty nak berkongsi...apa yang ty rasa
marilah doakan
bersama-sama...
mudah-mudahan...
pembedahan itu berjalan dengan lancar
dan mudah-mudahan PAK LONG ty...
sihat kembali....
Pembedahan pintasan laluan boleh dijalankan bagi golongan pesakit tersebut:

1 Pesakit di mana bahagian angina tidak dikawal melalui perubatan.

2 Pesakit yang tidak layak menjalani angioplasty belon.

3 Pesakit di mana koronari arterinya telah tersumbat kembali selepas angioplasty.

4 Bagi pesakit yang mempunyai stenosis utama di bahagian kiri, terdapat bukti yang menunjukkan harapannya untuk hidup lebih lama adalah baik, biarpun terdapat tanda-tanda tertentu.

PEMBEDAHAN PINTASAN LALUAN BIASANYA DIJALANKAN JIKA ADA KONDISI BERIKUT:

· Angina yang ber’debilitate’ yang tidak dapat dikawal melalui perubatan (arteri-arteri jantung menjadi sempit sehingga hanya sikit darah dapat mengalir ke otot jantung) dan selalunya beberapa koronari arteri tersumbat pada masa yang sama.

· Koronari arteri yang menghadapi beberapa jangkitan dan denyut jantung yang utama (ventricle kiri) tidak berjalan dengan baik.

· Koronari arteri utama di sebelah kiri, yang berkhidmat dengan ventricle kiri, menghadapi sumbatan yang padah.

· Sumbatan pada koronari arteri yang tidak sesuai untuk angioplasty belon atau arteri telah menyempit selepas angioplasty

JENIS-JENIS PEMBEDAHAN LALUAN PINTASAN

PEMBEDAHAN LALUAN PINTASAN TRADISIONAL

Pembedahan laluan pintasan jantung tradisional menggunakan mesin jantung – paru-paru. Dalam prosedur ini, jantung itu akan diberhentikan buat sementara dengan larutan khas yang tinggi kandungan kaliumnya (potassium) dan mesin jantung – paru-paru itu mengambil alihtugas jantung dan paru-paru. Pakar bedah jantung akan menjalankan prosedur laluan pintasan ini pada jantung yang sedang rehat itu. Jantung yang sedang rehat membenarkan pakar bedah jantung itu mengendalikan pembedahan terperinci yang perlu dalam menyambungkan saluran-saluran darah dan koronari arteri. Pembedahan laluan pintasan jantung sebegini telah lama dilaksanakan dengan membuahkan hasil yang baik.

Pembedahan Lencongan tanpa pam

Ia juga dikenali sebagai pembedahan jantung berdegup. Cara begini dilakukan tanpa menggunakan alat jantung. Alat khas yang lain digunkaan untuk menstabilkan jantung semasa pembedahan. Tidak semua pesakit boleh dilakukan seperti pembedahan ini. Penilaian anatomi koronari dan pemindahan diperlukan untuk keputusan bagi pembedahan sebegini.

Mengikut sesetengah kajian, cara pembedahan begini mempunyai kurang peluang bagi komplikasi buah pinggang dan pendarahan pos-pembedahan. Ia juga menghasilkan masa pendek yang di hospital dan cepat sembuh.

Pembedahan Lencongan dengan cara invasive yang minima

Cara pembedahan begini dijalankan dengan turisan yang kecil. Pakar bedah menggunakan instrumentasi yang direka khas. Pembedahan ini boleh dilakukan tanpa meberhentikan jantung. Sesetengah pesakit dapat pulang dari hospital dalam masa 48 jam. Pembedahan ini hanya dapat dilakukan ke atas pesakit yang mempunyai halangan saluran darah dengan turisan kecil dan juga pesakit yang berisiko rendah.

Kelebihan cara pembedahan begini termasuk:

- Perawatan di hospital yang rendah.

- Cepat sembuh

- Kurang kehilangan darah

Butiran Pembedahan Lencongan

Sebelum Pembedahan

Sebelum pembedahan, pesakit perlu berhenti dari mengambil aspirin atau ubat lain yang boleh menyebabkan pendarahan yang banyak . Jikalau, merokok, perlu dihentikan agar dapat melancarkan pengaliran darah dan pendarahan. Untuk mengelakkan dari muntah dalam pembedahan, tidak dibolehkan makan atau minum dari tengah malam sebelum pembedahan. Untuk mengelakkan jangkitan, bulu di dada, kaki dan kelengkang akan dicukur. Pakar anestetik akan berbincang dengan pesakit akan sejarah perubatannya dan menerangkan bagaimana ubatan dapat membuat pesakit terus tidur tanpake sakitan semasa pembedahan.

Bagi kes kurang gawat, pesakit akan dimasukkan ke hospital di sebelah pagi sebelum pembedahan.

Sebelum pembedahan:

- Echocardiogram (Ultrasound Jantung) akan dilakukan untuk mengenalpasti struktur dan fungsi jantung

- Cardiac catheterization dilakukan untuk mencari jikalau ada penyakit koronari arteri atau penyakit cardiovaskular yang lain yang boleh menyebabkan komplikasi pembedahan. Ia biasa dilakukan kepada pesakit yang berumur 40 tahun ke atas

- Pemeriksaan asas diagnostik lain seperti pemeriksaan darah, elektrokardiogram dan X-ray dada juga diperlukan.

Pemeriksaan khas seterusnya seperti studi elektrofisiologi (EP), kajian nuklear, akan dilakukan mengikut keperluan individu.

Semasa Pembedahan

Pembedahan Lencongan lazimnya memakan masa selama 3 hingga 6 jam mengikut banyaknya Lencongan yang perlu di lakukan dan kompleksnya pembedahan tersebut. Pembedahan memerlukan anestetik umum. Lazimnaya, 3 atau 4 arteri koronari akan dilintaskan semasa pembedahan dan juga boleh dilakaukan sebanyak 6 atau tujuh Lencongan.

Dalam bilik pembedahan, catheter akan dimasukkan ke dalam pundi-pundi kencing agar dapat dikeluarkan air kencing semasa dan sesudah pembedahan.

Kebanyakan pembedahan Lencongan koronari masih dilakukan secara tradisional. Pakarbedah jantung akan menuriskan di bahagian tengah dada dari “sternal notch” hingga di bawah tulang dada. Tulang dada akan dibahagikan dua menggunakan gergaji bedah khas. Pakar bedah kemudiannya memisahkan dua bahagian tulang dada dan direbakkan untuk mendedah kan jantung. Untuk menjahit pemindahan ke arteri koronari yang kecil, jantung perlu dihentikan oleh pakar bedah untuk melanjutkan pembedahan. Tiub akan dimasukkan kedalam jantung agar darah dapat dipamkan oleh mesin lencongan kardiopalmonari. Sebaik saja darah dilencongkan ke mesin tersebut, jantung akan dihentikan dengan memasukkan larutan sejuk yang mengandungi potassium yang tinggi. Bila jantung berhenti, pakar bedah akan melakukan lencongan dengan menjahit hujung urat ke lubang kecil di aorta dan hujung lain akan dijahit di lubang terletak di bawah arteri koronari yang tersumbat. Beberapa lencongan mungkin dilakukan berdasarkan beberapa banyak dan di mana pengaliran darah tersumbat. Setelah pembedahan lencongan dilakukan, pengaliran darah akan dipindahkan dari mesin kepada jantung dan tiub ke mesin akan ditanggalkan. Jikalau jantung berhenti semasa pembedahan, ia akan didegupkan semula. Wayar sementara untuk perentakan akan dimasukkan ke dalam jantung. Wayar tersebut boleh disambungkan ke kotak perentak dan jantung boleh direntakkan apabila perlu pada awal penyembuhan. Tulang dada akan disambungkan semula menggunakan wayar keluli tahan karat dan bekas pembedahan akan dijahit semula. Tiub akan dimasukkan kedalam dada untuk mengeluarkan darah dan cecair yang berada di sekeliling jantung dengan cara sedutan.

Tulang dada akan sembuh dalam masa enam hingga lapan minggu dan menjadi kuat semula.

Sejurus selepas pembedahan

Selepas pembedahan, pesakit akan terus dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Intensif (ICU). Pesakit akan diberi ubat selama beberapa jam untuk menidurkan mereka. Apabila pesakit tersedar, mereka akan merasa ketidaktentuan, pucat dan tembam. Mereka tidak perlu cemas akan alat-alat di badan mereka.

- Tiub pernafasan (Endotrancheal Tube) dimasukkan ke dalam rongga . Tiub ini adalah dari alat pernafasan untuk memudahkan pesakit bernafas. Ia akan ditanggalkan setelah pesakit sedar dan boleh bernafas sendiri.

- Tiub perut (Nasogastric Tube) dimasukkan ke dalam hidung untuk mengosongkan perut dan mengelakkan dari loya dan bengkak perut.

- Tiub kecil yang di panggil Urinary Catheter, dimasukkan ke dalam pundi pundi kencing untuk mengukur tadahan air kencing.

- 1 atau 2 tiub diasukkan ke dalam dada untuk mengelakkan banyak cecair di dada.

- Banyak suntikan intravenous untuk memberi cecair dan darah.

- Tiub kecil di pergelangan tangan untuk memantau tekanan darah.

- Tiub di leher untuk memantau degupan jantung dan juga untuk memudahkan pengambilan darah tanpa sakit.

Pesakit akan diberikan ubat pelali seperlunya.

Pada hari pertama sesudah pembedahan, banyak tiub akan ditanggalkan. Apabila pesakit tidak memerlukan ICU, mereka akan dipindahkan ke wad yang lain tetapi masih dipantau.

Pesakit akan dipindahkan ke Unit Pembukaan Jantung di mana mereka akan

- Menarik nafas dalam dan batuk selalu untuk mengelakkan pneumonia

- Digalakkan untuk duduk di tepi katil dengan kaki terjuntai.

- Ditanggal kan tiub di dada dan di pundi- pundi kencing.

- Makan, kalau boleh, dimulakan dengan cecair.

- Diberikan ubat pelali jika perlu.

- Mula berjalan dalam masa beberapa hari. Ini untuk mengelakkan dari darah beku dan meredakan bengkak di pergelangan kaki.

Beberapa hari kemudiannya, pesakit akan merasa cukup kuat dan dapat berjalan lebih jauh lagi. Secara purata, bagi pembedahan lencongan jantung, mengambil masa 5 hingga 7 hari bagi rawatan di hospital.