Pages

Thursday, July 30, 2009

Terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata....

Lagi kisah mulut longkang.....
Isnin yang lepas satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar keluaran utusan iaitu KOSMO bersabit kisah Allahyarham Yasmin dari sudut yang kurang wajib dipertontonkan. Satu tindakan yang dikatakan meroboh kehidupan peribadi anak seni yang boleh mengaibkan tanpa mengira kebaikan dan keburukan atas tindakan yang tidak wajar oleh akhbar berkenaan.
Inilah yang dikatakan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".....kebijaksanaan wartawan tersebut mencetuskan satu trasformasi dan kemarahan orang ramai kerana mengganggap ianya merupakan satu tindakan 'taktik murah' bagi mempromosikan akhbar yang sememangnya berharga paling murah.
dan hari ini, akhbar berkenaan dengan begitu mudah mengeluarkan kenyataan MAAF yang bagi waty 'sudah terlambat'.....cela yang dipalit bukan mudah nak dihilangkan.....tak kira apa pun kisah manusia itu....dari unsur apa jua sekalipun.....biarlah kita redha dengan takdir ILAHI.....kata orang tua "itu kerja Tuhan"....manusia nie jangan memandai nak menilai manusia.
Kerana kita ini manusia yang lahir tidak sempurna....samada dari segi sifat atau perbuatan. sesungguhnya akal yang diberikan harus digunakan sebaiknya.
"terlajak perahu boleh diundur.....terlajak kata........dah tak berguna dah"......kesannya akan memberi impak yang besar.......
sesungguhnya sebagai manusia harus ada sifat perikemanusiaan.....beginilah manusia zaman sekarang.......nak dapatkan berita...tak fikir buruk baik.....malah manusia juga ada yang bersifat macam tu....atau mudah aku katakan............'MULUT JAMBAN'.....
Masa nak mengata orang....memang sedap mulut....tak kira mulut tu wangi ker...busuk macam tahi ker.....tapi nak tegakkan benang yang basah sebab tu tak kira......tapi bila dah tabur fitnah....nak busukkan nama orang......sedap2 nak minta maaf........ada ka PATOT......bukan senang nak minta maaf kalau ianya datang tulus ikhlas dari hati.....tapi mudah melafaz maaf kalau hakikatnya dalam hati berbuku macam batu krikil....sebab tu sebelum nak cakap apa2....pikiaq dulu......jangan sekolah tinggi2 tapi bodoh melantung-lantun........buruk padahnya....dah tau mulut tu macam jamban.....jangan memandai nak bercakap banyak....jaga budi bahasa diri supaya hidup tak dibenci......................

"moral of the story..........lu pikirlah sendiri"

Rentung dalam kereta....Harian Metro

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my


CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang.

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.

“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa.

Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.

Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

"semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang terpilih.....takziah buat keluarga dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah"

Wednesday, July 29, 2009

Duka dan Ceria........

Lebih kurang jam 8.00 pagi hari nie....aku dapat berita yang sedih.....sesungguhnya inilah yang dikatakan kehidupan yang merupakan satu perkara yang tidak kekal....dimana akhirnya adalah kematian. Dijemput oleh-Nya dan diberi dugaan kepada kaum keluarga bahawa kita manusia harus sedar di dunia ini hanya sementara.
Kepada keluarga Allahyarhamah Nozy takziah waty ucapkan. Pemergian Arwah Nozy merupakan satu kejutan yang hebat dikalangan keluarga serta rakan-rakannya. Nozy yang merupakan orang yang ceria dan sentiasa di senangi oleh semua orang TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH pagi tadi kerana terlibat dalam kemalangan. perkara yang tidak dijangka...berlaku tanpa dipinta.....kita harus meredhakannya. Arwah Nozy mempunyai seorang anak yang berumur 8 bulan.....semoga suami tercinta Alonso tabah menghadapi dugaan ini bersama-sama anakanda tercinta. Jenazah arwah dikebumikan petang nie di Kajang.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah....amin

Lantaran duka yang berlaku....semalam adalah hari yang ceria buat waty dan staff ofis......sukar dijangka setiap hari menjanjikan cerita yang berbeda........semalam waty and my staff buat sikit celebration for my birthday plus kak rajes and mathan. Malangnya mathan amik cuti so waty pun print gambar hero pujaan hati 'johnny depp' sebab muka mathan tu pun ala2 actor tu jugak....so we all celebrate on behalf of him la....yang jadi mangsanya....semestinya staff waty yang sorang tu...

since dah bocan makan kek...we all beli slice jer la....yang center warna putih tu kak rajes punya sebab dia vegetarian...so special sikit kek tu.....for me since belated of coz hadiah takde..cukuplah kek yang dihadiahkan oleh Farid.....yang kat atas meja tu hadiah kak rajes and mathan....

'happy besday to you...happy besday to you...."......lepas jew nyanyi apa lagi...ikut turn la...bagi senior dulu yang tiup lilin.....kak rajes yang berumur 59 tahun di lahirkan pada 28 Julai 1950....berbintang leo sama cam aku...

then my turn....i was born in 1978 July, 25. mesti tak tinggal nak tiup gak lilin. hehehe....now i'm 31 ys old.....tueeeee nyeeee aku...........

and the best part....to replace mathan....waty gunakan staff waty yang sorang tu...terpaksa tepek gambar ala2 mathan...hehehe nak kasi puas hati la nie....nak tau sapa mangsa waty tu........


SAPA LAGI KALAU TAK FARID...SURPRISEEE!!!!!!

kepada mathan...sorry sebab kita habis kan kek u...on behalf kan....u telan air liur jer yer....and that evening waty invite staff dari other department gak......

Some people said....why i'm doing all this.....even aku head department kat situ....i have to be fleksible....tak semestinya tegas sepanjang masa....have to get along with my staff....so we can work together and produce a very nice output.....department waty pun always stress dengan macam-macam tekanan.....tapi we all work as a family and happy always....

ni la hadiah untuk kak rajes......hehehe...

farid pun nak amik gambar jugak....

and finally me....

Saturday, July 25, 2009

Happy Birthday to ME.....

First of all...thanks to all my friend yang susah wishing besday kat aku....dari last nite kat facebook...msg...mail....tima kasih la kawan2.....so...how do i celebrate my besday..?.....mmm...nak mula kat mana yer....

actually tiap2 tahun waty rai besday...tapi bukanlah secara besar-besaran....simple but memorable.....celebrate dengan family and my good friend.....so this year pun sama gak.....cuma terasa cam dah tua sangat nie....wonder samada mampukah waty mencapai apa yang waty impikan....



waty happy campur sedih gak...kalau arwah nenek ada mesti dia dah cium pipi waty......aduss..rindunyer kat arwah....lama tak ke pusaranya.....nak pi sorang2 mak tak bagi lak.....dulu rajin la....rasa cam tak percaya dah 31......ikutkan memang dah tua sangat tu....dengan title single nie...rasa cam pelik pulak. segan dengan kawan2 pun yer gak. susah betul nak sampai jodohnya.....tak tak napa gamaknya.....yang pasti waty takut nak kawin.....bertambah macam2 hal terjadi kat dunia nie.....

kena pulak lelaki nie macam2 karenah.....susah nak cari yang baik2...macam farah fauzana cakap....yang baik2 tu dah pupus...semua dah berpasangan.....putih mata la wanita2 yang bujang nie....

kalau orang kata....'kau bintang apa waty'.....hehehe...confuse gak nak jawab nie....tapi kalau aku nie tak pekak...tak dungu...rasanya jawapan tu mestilah LEO..........kalau nak citer pasal leo ke singa ke harimau ke......mesti semua tau istilah atau ramalan mereka yang berbintang LEO.
secara kebetulan ramalan yang diperkatakan itu ada yang mengena.....ada yang tak....ada yang tepat ada yang tersasar...namun....waty amik yang mana wajib jer.....25 Julai 2009.....kebetulan waty berkongsi hari lahir dengan cousin.....cam berjanji lak kan.....
and malam tadi....waty celebrate my birthday with my friend. thanks for the gift....cam tak percaya lak...dah tua2 nie dapat lagi hadiah.....thanks to my dear sister....dapat kad besday besar giler....hadiah tu nanti la dulu....segan la dapat sekali gus.....
and to my friend...thanks for the dolly, mini hi fi and watch.....terharu sangat....terima kasih la sangat.....akan ku simpan dengan baik....yang tak tahan tu...camner la korang nie tau aku suka anak patung....malu ooorrrr......
to my family....malam esok kita celebrate sama-sama oke.....semoga Allah panjangkan umurku...murahkan rezekiku......permudahkan laluan ku.....amin

Friday, July 24, 2009

JANGAN MENCARI TERLALU "SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan......
Setelah ikan itu terlekat di mata kail...
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja...
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya...
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitu juga.....

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu...

Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja...
Kerana ia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu...


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada...Jangan terlalu berharap pada takungannya dan mengganggap ia begitu teguh....Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja...


Kerana apabila ia mulai RETAK....tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula...Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja....



Begitulah juga....


Jika kamu sedang memiliki seseorang....TERIMALAH dia seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa....Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN....tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat....Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya...Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja...


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi....Yang kamu pasti baik untuk diri kamu...Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT....Mengapa kau berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain.....Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN.....Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi...


Kamu akan MENYESAL....

Begitulah juga....

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN....
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU....MENGASIHIMU...dan MENCINTAIMU...
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain....
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN....
Kelak, dia kaan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi...


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI...kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA....itu lebih BERMAKNA !


"Begitulah hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilan Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang...."

Monday, July 20, 2009

Hari-hari yang tertinggal....

lama dah tak update blog nie.....bukan tak nak update....bukan tak de story...tapi sibuk memanjang....ihiks..ihiks tapi aktiviti tengok wayang memang tak tinggal laaa...
sejak awal lagi waty memang suka tengok citer Harry Porter.....unik nya cite nie dari kaca mata waty adalah jalan ceritanya. kisah perjuangan ahli sihir terkenal bernama Harry Porter yang dikecam hebat oleh Voldemort......namun perjuangan Harry dibantu oleh rakan-rakan Ronald and Hermoine......termasuklah Principal Prof.Dumbledore yang begitu setia bersamanya.
secara menyeluruh dalam filem terbaru ini 'half blood prince' agak simple....tapi tetap ada jugak slot yang menarik yang jarang dipertontonkan dalam filem-filem yang lepas. antaranya seperti faktor kedewasaan yang ditonjolkan oleh main karakter......especially harry, ronald and hermoine......bersepadan dengan umur dan jalan cerita. cuma dari segi plot action yang agak kurang sikit berbanding sebelumnya dimana kali nie lebih memfokuskan tersirat dan tersurat.
ini bermakna kalau tengok sekali pun dah boleh faham dah sebab dari mula sampai habis....segala yang tersirat dapat disuratkan.....hahaha....kalau nak tau pi la menonton kat cinema.....dan disebabkan waty minat giler filem nie.......waty sanggup gak la berhabis mem'booking' tiket kat GSC Signature Garden......yang penting selesa.


So far kalau kat MidValley 'Gold Class'.....environmentnya memang class la...tapi kalau kat Signature Garden dari luar sampai dalam lagi class....tak pack....selesa dan nyaman....sesuai sangat la dengan harganya......ini first time waty pilih GSC Signature......so....memang berbaloi la.....facilities pun....mmmmmm.....tak payah nak issue.....class

as a prove.....nie la tiket wayang tu.....[bukan show off tau]......tapi waty nak promote la tempat nie....mungkin ada yang dah penah pergi......dan sudah merasai keselesaannya.....tapi kepada mereka yang masih tertanya-tanya........why not you all try sekali.....kalau tak nak gold class....u can try premier......selesa jugak.....macam couple seat....tapi view lagi menarik la.....


kebetulan waty tak bawak camera....so hp jugak jadi mangsa untuk waty amik gambar....haaa....nie la wanita tembam yang berdiri kat depan banner Harry Portter....bestnyeerrr...


sebelum balik...sempat la terjah gambar tansformer dulu....hiks hiks hiks..

lepas menengok wayang...[ayat BM..teruks].....waty and my sis pi la dinner kat Madam Kwan's kat Mid Valley.......ini kali ke dua waty makan kat situ.......semestinya ada banyak daya penarik kat situ......hahaha....semestinya rahsia.....

apa pun makanan kat sini MEMANG sedap giler......tak rugi....dish presentation pun 5 star. so puas hati sesangat.....namun hidangan pilihan waty simple jer....nasi lemak special....

nampak jer simple...tapi rasanya.....................KELASSSSS sangat.....

gitulah secara rambang aktiviti hujung minggu waty.......simple tapi menarik bagi ku....

Thursday, July 16, 2009

Besday Gurl....

My second wish is to my dear best friend....balqis....mama ayu....comel cute lagi....and it almost 13 years kita berkawan....lama kan..sejak kat kolej lagi.....and i still remember the way u walk...the way u eat....the way u talk.....cuma sejak dah berumah dan bertangga nie....kita dah kureng berjumpa....even aku tau bukan susah pun nak cari kau kat opis. cuma alamak masa tu tak de la qis....
anyway....InsyaAllah aku akan cuba juga meluangkan masa untuk kita semua beramai-ramai lepaking...mesti banyak benda nak distorykan.....

rasanya tak perlu nak tanya camner kau celebrate birthday.....but aku nak share citer nie kat bloggez and reader aku pasal kau.....hiks hiks hiks.....

actually Puan Balqis Mahazir nie is one of my friend kat MFI.....kita orang amik course sama jer...Electrical......most important satu batch lagi....cuma qis nie kelas lain......apa pun kitaorang stay together kat asrama. satu bilik...satu kepala.........

she very cute...very polite...very pok pek pok pek jugak lah....tapi its fun....kalau dia takde tu sunyi sikit la...tapi walaupun badan dia kecik...suara dia umangaiii.....kuat giler....hehehe....lepas jer graduate....balqis terus kerja.....aku masih lagi tertunggang tunggik kat U.....

ada juga sesekali jumpa masa reunion ALUMNI MFI......tapi itu dolu dolu....la nie dah sibuk dengan anak2....aku pulak sibuk dengan anak jugak......tapi 'ANAK TEKAK'...........lol....

apa pun qis...sorry aku cilok gambar nie dalam fb kau....sebab gambar lama tu tak syok la tepek kat blog nie....wish u all the best.....keyrim salam sayang kat princess hang tu.....kirim salam warning kat abang haizil...'suruh dia jaga kau elok2'...........
last sekali.....doakan aku yer....moga cepat dapat jodoh....and QIS.....love our friendship....

Wednesday, July 15, 2009

To My Dearest Brother....

Kadang2 pertemuan itu bukanlah seperti di rancang. Perkenalan itu juga bukanlah di ada-adakan. Persahabatan itu juga bukanlah satu rekaan. Bertemu, berkenal dan bersahabat satu titian jambatan yang sangat sempurna dalam satu perhubungan....ikatan silaturrahim.
Tah camne...pagi nie memang sibuk sangat. Menguruskan hal-hal kerja.....maklumlah hari-hari terakhir semakin hampir....banyak yang perlu dilakukan. Lebih kurang waktu tengahari aku bergegas ke pejabat and suddenly pop-up satu reminder kat calender aku......Wah...hari nie dua orang sahabat aku sambut birthday.....
But let me tell you about my friend yang sorang nie. Kami kenal adalah dalam lingkungan setahun lebih. semuanya gara-gara AKADEMI FANTASIA........tapi bagus gak......so far dari pengalaman aku sendiri..............dia merupakan seorang sahabat yang sangat baik dan bertimbangrasa.
Kepada sahabatku...adikku..............semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki............nanti kita celebrate cama-cama ok.....

gambar terbaru ajieb [akak borrow dari blog yer]
segak bergayanyer.....macam lelaki melayu terakhir
apa yang ceria sangat tu
aik....napa tu....terkejut kena current ker
amboi..dah buat possing pengantin nie
termenung masa depan ker???
oke dik yer.....all the best and good luck....once again..
HAPPY BIRTHDAY DEAR AJIEB
salam tulus ikhlas: kak waty, nieta, farid, erna, shila, farah dan yang pernah mengenalimu

Friday, July 10, 2009

Itu keputusan aku laaa.....

Keriuhan sehari semalam..........
Mengong waty kejap semalam.....lepas je waty post story semalam....ramai pulak yang kring2 and ding dong kat YM....ada yang hantar email dan ada yang calling2.....terganggu gak la nak tengok wayang semalam.
namun....waty appreciate la kat kengkawan yang sememangnya sungguh teruja dengan statement ku....ada yang marah pun ada.....KATANYA......pasal statement MINTA MAAF tu ramai yang tak agree.....
adoila hai.....susah gak kan.....apa pun ITU KEPUTUSAN AKU LAA.......tapi memang waty terharu bila kawan2 sibuk mempertahankan apa yang perlu dipertahankan walaupun waty dah tak kisah semua tu.
mula tu CONFIUS gak.....apa la pulak yang aku dah buat nie.........puas jugak la waty pikir....dengar apa yang mereka cakap. ada yang leh waty terima....dan ada yang waty susah nak terima. sememangnya bertegang urat nie best. orang tu nak menang....orang nie nak memang....tapi bila pikir2 balik.....takdo pekdahnya........
sakit hati memang sakit.....tapi buat apa nak dilukakan lagi.....DENDAM?.....iskh.....Tuhan marah!! STOP!!!....STOP!!!.....berhenti la spekulasi kawan2 oit.....aku paham bona kerisauan korang kerana hati aku memang lembut macam agar2 tu....kat luar jer keras cam jantan.....ha...korang lebih tau hati aku camner kan.....aku tak kisah la orang nak kata apa pasal masa lepas aku....sebab mulut depa tu bukan mulut tempayan.....kalau mulut tempayan dah lama aku sepak2 kan.....nie mulut orang.....biarkan lah.....
Allah tu Maha Adilkan.....aku happy gak.....kawan2 pun ramai....tapi aku tak suka keruhkan hubungan yang dah lama aku bina.....coz aku bukan species camtu.....memang aku kena tegas....tapi biarlah aku aluri dengan kelembutan....cewah!!!
APA?......aku dah gila.....sampai hati korang kata aku gila........memang susah nak jelaskan kat kawan2 aku nie...........aku tak gila.....aku waras lagi.....biarlah...aku tak malu pun dengan pengakuan tu..........IKHLAS apa.....tak payah la korang melenting cam nie.....lagipun sejak dua menjak nie....aku rasa tak sedap hati..........nak makan pun kadang2 je sikit.....[selalu banyak].....nak tido pun susah...ada kala sampai tak tido.....hari makin hari aku dah buat sedikit perubahan............and lately aku dapati back pain aku datang balik.....
mana la tau kan....sedar tak sedar aku MATI ker!!!....ha...Tuhan nak cabut nyawa tu tak kira bila........TAU TAKPA.....

sebab tu aku tak nak serabutkan kepala nie.........dah la kerja aku semakin bertambah.....and InsyaAllah aku nak berhenti kerja dah......cuma aku tak tau camner nak pujuk Dato' agar dia memahami ruang aku yang sangat sempit nie....bayangkan kerja...kerja...kerja...

i need rest.....so sebab tu aku pikir...biarlah aku concentrate family's company.....ada sikit ruang untuk aku bernafas.....lagipun takde sapa lagi nak tolong ayahanda......

anyway........97% kawan2 aku tepon.....ada yang support....ada yang bangkang....ada yang sokong....macam2 karenah...so far aku minta maaf la pada korang yer.....tapi aku sayang korang sebab amik berat pasal aku.......cayang korang....

walaupun keputusan aku nie tak berapa disokong oleh kalian.....aku ikhlas....aku tau korang support keputusan aku kan....takmo gado gado oke..........friends forever

sebab kita nie manusia........aku nie manusia....mesti ada jugak buat silap....kadang2 aku lupa mulut aku nie pun tak leh pakai sangat....main berdesup jer ayat-ayat cinta...#$%^&* eh silap lak...ayat-ayat keparat.....mesti SENTAP........

hehehe.....buat apa nak sakit kepala....kita mesti happy selalu...selagi berpeluang........selagi ada masa....selagi berkeupayaan........hidup ini hanya sekali......

dan aku akan tersenyum...........selalu.......nikmatkan senyum nie.....CUBALAH...!!!!