Pages

Monday, March 16, 2009

Jari jemari....

entry kali nie ty nak rungkai kisah jari pulak.....mesti semua wonder apasal ty nak post kisah nie....semua nyer sebab kerja....bila buat kerja.....jari memainkan peranan...dari pelbagai aspek dan laku jari amat penting.......just imagine kalau kita takde jari.........artikel ini pun dari survey dan research yang ty buat kat website.....kita lihat peranan jari kita........check it out...!!! Di antara nikmat Allah subhanahuwataala yang besar kepada manusia adalah diberikannya tangan dan kaki yang sangat besar manfaat kegunaannya. Di hujung tangan itu ada jari jemari yang memiliki banyak sekali fungsi dan kegunaan. Selain untuk mengambil, meletakkan atau membawa sesuatu bersama telapak tangan jari jemari dapat mengepal, memicit, menggosok, memukul, menonjok, mengepit, memilin, memelintir, meremas, membelai, menusuk, mencengkeram,menunjuk dan lain-lain.

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. "Pada hari ini kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan."
(QS. 36. Yaasin: 65)
Jari-jemari tangan kita kiri dan kanan masing-masing terdiri dari 5 sehingga semuanya ada 10 dan masing-masing memiliki 4 ruas (kecuali ibu jari = 3 ruas) sehingga jumlah keseluruhannya 38 ruas.
Tahukah anda, jumlah jari jemari anda mengandung keajaiban angka 19 ?(catatan: dengan mengabaikan ruas-ruas tulang pergelangan). Silakan anda hitung sendiri maka akan anda dapati:
jari kelingking ==> ada empat ruas
jari manis ==> ada empat ruas
jari tengah ==> ada empat ruas
jari telunjuk ==> ada empat ruas
jari jempol (ibu jari) ==> ada tiga ruas
----------------------- +( 4 + 4 + 4 + 4 + 3 )
Jumlah = 19 ruas
Keduanya berfungsi seimbang dan dapat bekerjasama dengan baik untuk kepentingan sang pemilik. Keseluruhan ruas jari ini ini dapat ditekuk-tekuk sedemikian rupa sehingga bersama dengan telapak tangan dapat melakukan banyak aktiviti. Bila satu ruas saja bermasalah, pemiliknya pasti akan merasa susah. Jika satu saja jari anda terkilir, dapat dipastikan anda akan menjadi kerepot. Jari jemari yang posisinya seimbang itu dilengkapi dengan kuku-kuku bermanfaat. Ia digunakan untuk mencubit, mengambil barang yang kecil.
Setiap jari yakni ibu jari, telunjuk, jari tengah, jari manis, dan kelingking punya aktiviti masing-masing sesuai profesion pemiliknya. Ada yang sering dipakai untuk menjahit, memegang wang, memegang cangkul, mesin, mengetik,dan lain-lain.Ia sesuai dengan jenis kerja pemiliknya. Jari jemari sangat penting bagi para olahragawan yang keahliannya menggunakan tangan dan para seniman yang berkarya dengan jemarinya. Aktiviti jari jemari memang untuk membantu manusia melaksanakan pekerjaan dan merealisasikan keinginannya. Gerakan-gerakan jari-jemari pun memiliki makna sendiri-sendiri.
Acungan ibu jari misalnya bererti ungkapan, "bagus" atau "hebat". Anda tidak mendapat sesuatu yang anda inginkan biasanya diistilahkan dengan "gigit jari". Jari-jemari pun jadi alat isyarat. Ketika kita menyatakan persahabatan kita pun berjabat tangan yang mendekatkan telapak tangan dan jari jemari kita ke tangan sahabat kita. Jari telunjuk yang ditaruh tegak di depan mulut berarti "Hati-hati" atau "Diam".
Falsafah Lima Jari
  1. Ada si gendut ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
  2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
  3. Ada si jangkung jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
  4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik dan sabarsehingga diberi hadiah cincin.
  5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf ( ingatkah anda waktu kecil kalau kita berbaikan dengan musuh kita pasti saling sentuh jari kelingking? ).
Selain dari falsafah yang diketengahkan ada satu keistimewaan jari yang kita tak boleh elak dari menggunakannya. Tanpa jari maka keselesaan yang dinikmati jugak tidak akan dirasai. Just imagine if we born without fingers and what will happen to you if you need it badly to do as below..huaa!huaa!huaa!.....masa tu mesti buntukan!....sebab time dok sorang2 tulah kita akan mengerjakan lubang hidung untuk memastikan bijih2 benih tu tak melekat kat dalam rongga....and plus kita mesti nak mengelakkan dari perbualan kita diganggu oleh mata yang kerap memandang ke arah yang tidak dikehendaki.....pernah tak itu berlaku dalam hidup anda...coz honestly it's happened to me.....masa tu ty tak tau camner nak tegur my frenz about that.....malu kan....so beware and alert sebelum kuar rumah tu....tengok lubang hidung tu and "guna jari pun boleh".....
Lastly...dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan ( menulis, memegang, menolong anggota tubuh yang lain, melakukan pekerjaan, dll ). Pernahkah kita bayangkan bila tangan kita hanya terdiri semuanya dari ibu jari sahaja? Falsafah ini sederhana namun sangat bererti. Kita diciptakan-NYA dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling sayang menyayangi, saling tolong menolong, saling bantu membantu, bukan untuk saling tuduh menuduh, tunjuk menunjuk, merosak, dan bahkan membunuh... WALLAHUA'LAM

3 comments:

[r][a][y] eusouff said...

mak aiii
al kisah jari jemari

ray paling suka gambar
mona lisa kowek idung

soklan utk waty...
berapa kali kowek idung sehari? LOL

Joe_AOmisc said...

dua tiga menjak nie ayat ko semacam betul...dah sampai seru kew?

nie aku nak tanya...jari manis ko tu bila nak disarung? takkan tak jumpa lagi? kew ko memilih..dah la tu...gerun balak2 nak pikat ko nie...workaholic giler....

meh sini aku suruh umi masuk minang ko nak?...huhuhu

waty said...

Ray...
lawakan gambar mona lisa tengah wat kerja tu....Ya Allah tak tau nak cakap rasanyer...LOL

jawapan tuk ray...
one day waty mesti spend time around 5 minit nak korek hidung...to make sure clean and clear...LOL...eeeyyyy

Joe...
kawin?...kalau time nie ada orang datang...aku sambut jer joe...tak pernah aku memilih...orang jer taknak...maklumlah..lelaki zaman nie cari yang daring and cun melecun...ala2 model tu....mana nak terima aku nie...
note: nak suruh umi meminang konon....ko lagi hantu kerja..asyik dok belayar 5,6 bulan...