Pages

Tuesday, January 13, 2009

Al-kisah dunia ini

aku ada kisah baru untuk aku share dengan pembaca ku....first of all thank u to all readers yang selalu jengah blog aku yang rasanya kini dah hangat kot...tapi masih tak hangat lagi...cuba korang click kat bahagian politician tu...ha..lagi hangat tau...so jangan terus nak jump to conclusion bila baca blog aku...and especially yang suke2 hati nak judge aku...tapi adatlah kan dunia nie...suke amik tau...suke serkap jarang...tapi habuk pun taraaaaakkkk...

kisah yang nak aku story kat sini adalah pasal si sotong dan si anak2 ikan di dasar laut...cerita nie aku dihasilkan dari cerita2 pendek yang aku terima dari sumber2 yang boleh dipercayai dan kemudian aku olah menjadi sebuah dongeng yang sangat menghiburkan hati aku la....so aku rasa macam nak sakit perut sebab tak share dengan sesapa...so aku terfikir yang blog aku kini jadi perhatian orang...so for those yang suke baca blog nie...hope korang terhibur dengan kisah ini...

kisah ini bermula pada suatu hari apabila seekor 'starfish' bercita-cita untuk keluar dari kepompong hidupnya dan cuba untuk menjadi terkenal....cita2 'starfish' nie memang sukar nak dijangka sebab dia seorang yang suka bersendiri dek sifatnya yang azali....ditakdirkan Allah swt, cita2 'starfish' nie akhirnya membuahkan sedikit cahaya....tatkala itu ramailah yang begitu gilakan 'starfish' nie....


pada awalnya 'starfish' nie agak terkezut jugak sebabnya terkena panahan kejutan budaya tetapi akhirnya menerima kenyataan bahawa dunianya sebenar telah berubah....dipendekkan cerita....rezeki 'starfish' nie memang murah sesangat hinggakan suatu hari datang seekor 'sotong' yang begitu murah hati untuk membantu....memang si 'sotong' tu telah berusaha dengan jayanya membantu 'starfish' tersebut....tetapi rupanya si ' sotong' tu dah berusaha lebih baik dari itu....mungkin kerana sifat si 'sotong' tu yang banyak tangan.....dia telah menggunakan segala yang ada pada dirinya untuk menjadikan dirinya lebih baik dari 'starfish'...dan 'starfish' merasakan dirinya kini seperti dipergunakan dan rasa bosan kepada kehidupannya. hingga ada ketika 'starfish' ingin kembali ke dunia asalnya.



tiba2 segerombolan 'seahorse' cuba mencari kesilapan yang berlaku....'seahorse' yang merangkap sebagai PI....telah mendapat jawapan di atas kesulitan tersebut. 'seahorse' telah melaporkan kepada 'starfish' tentang kisah dulukala si 'sotong' ini dimana pernah timbul kes yang sama. 'starfish' cuba untuk tidak mempercayai kata 'seahorse' tetapi apabila bukti2 yang tunjukkan itu telah membawa kebenaran....'starfish' mula membukakan matanya dan menyiasat sendiri demi masa depannya.


antara bukti yang dibawa oleh 'seahorse'....adalah berkaitan si 'sotong' yang suka melagakan orang lain dengan menggunakan kuasa vetonya yang tak berapa nak kuasa....tetapi disebabkan si 'sotong' nie lembik dan lemah....'kuasa hati busuk' nya telah berjaya menewaskan mangsa2nya sehingga mengakibatkan masa depan 'starfish' semakin gelap. bertambah pula pengikut2 si 'sotong' ini yang terdiri daripada si anak2 ikan yang terkenal dengan sifat putar belit yang lahir sejak azali (sebab selalu guna taktik nie untuk lepaskan diri dari nelayan)....maka si 'sotong' nie yang konon rasa dia dah berjaya mendapat sokongan padu dari anak2 ikan.........

'starfish' bosan dengan keadaan ini.....lalu membawa bukti yang ada kepada 'redfish'....bagi mendapatkan kepastian...'redfish' pun menceritakan pengalamannya semasa si 'sotong' ini cuba membantunya. tetapi kerana semua kehidupan di dasar laut tahu akan perangai si 'sotong' maka bapa kepada 'redfish' ini telah mencari pembantu yang lain dan kini 'redfish' berjaya dengan jayanya....maka 'redfish' telah menasihati 'starfish' bersabar dahulu dan berhati-hati.

kisah ini tak pernah tamat....masih sering jadi perbualan hidupan lain...apa pun 'seahorse' tetap menjalankan tanggungjawabnya untuk menegakkan kebenaran dan apapun menanti si 'sotong' dan si 'anak2' ikan mengaku kesilapan mereka. 'starfish' meneruskan kehidupannya tetapi dalam langkah berjaga2.....'redfish' tetap suksess sebab mengambil keputusan yang bijak. lain2 kehidupan cuba meneruskan kehidupan ini dengan cara mereka sendiri....tanpa mengambil pusing apa yang berlaku... dan khabarnya si 'sotong' masih mencari2 diri sebenar dan si 'anak2' ikan terus memasang taktik untuk terus menyotongkan si 'sotong'.....

Producer-kanta
Photo-buntal
Script-kurau
Woredrob-cerek

moral of the story....

No comments: